Bismillah..
Assalam alaik..
Alhamdulillah.. masih diberikan kehidupan penuh barakah di hari yang indah..
Sedang mengemas isi tas tangan yang mengalahkan tempat kucing beranak..dan mengisi borang2 berpatutan terjumpa satu senarai.. ohh lupa plak ada satu nama yang perlu disemak semula kerana nombor akaunnya tidak aktif lagi.. ku buka dan carian di internet nama berkenaan .. alhamdulillah masih aktif berdasarkan entri terkini awal Ogos 2013.. terlihat nama dan nombor d blog berkenaan masih sama.. tak mungkin.. tertera nama penyelia.. nak telefon macam segan.. ishh benda baik tak baik segan lagi pun bukannya dia dapat tengok muka pun..
Nombor di dail dan empunya diri menyahut panggilan.. "Ustazah, nombor akaun... dah bertukar yea.. tapi dalam blog nombor masih sama... ".. bla2.. paling terharu doanya untukku.. memang terharu doanya menggunung kalah Himalaya untukku tetapi yang diberi sangat sedikit.. ku Aamiiin kan jg mana tahu makbul doanya dan benar2 rezekiku dimurahkan lagi dapat ku beri lebih lagi.. in syaa Allah.. beliau ingin sangat berjumpa tapi buat masa ni biarlah dahulu.. muka macam dataran banjaran titwangsa ni ishh menakutkan anak2 didik ustazah tu nanti.. hehehe..
Bercerita bukan untuk riya'.Nauzubillah.. rezekiku dengan keizinan Allah swt yang perlu dibelanjakan mengikut amanahNya jua.... dalam siri yg telah kulewati alhamdulillah Yang Maha Kaya menunjukkan padaku orang yang ikhlas dan mensyukuri nikmatnya atau yang sombong dalam dunia cekononnya melaksanakan tanggungjawab atau amanah Allah swt yang mulia... kekadang timbul perasaan jahat.. ku tepis juga kerana ia disumbangkan kerana Allah swt untuk kebajikan anak2 kecil yang masih belum memahami erti kehidupan dunia yang sementara..
No comments:
Post a Comment