Pages

Kelopak mawar

Thursday, August 29, 2013

Sesuci Kasih Seluhur Budi Nia... permulaan


"Ibu, kenapa kita kena pindah?  Nia susah hati takut tak de kawan dan dapat cikgu garang.", luahan kerisauan ku.  Arghh macam baru semalam mendaftarkan diri Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Tuanku Aisyah. Sekolah tersebut jaraknya hanya 300 meter sahaja dari rumah baru kami.

'Saya Alaniyyah Kassimin dari Perlis'.. sederhana ku memperkenalkan diri kepada Kelas 1 Gemilang. Puan Siti Khadijah guru tingkatan cum guru bahasa Melayu merupakan guru kelasku, baik orangnya mesra perwatakannya membuat ku lupa seketika bahawa itulah sekolah baruku..

Gembira rasa mempunyai teman baru sekelas seperti  Ton cik (Zaiton namanya gelaran diberi sesuai dengan rambutnya yang diikat bagai ekor kuda), Ros (Rohaya namanya gelaran sebab banyak sangat stiker bunga mawar di beg sekolah dan buku2 notanya..cantik2 pula)  dan Susan (berbangsa Cina tapi fasih berbahasa Melayu) dan beberapa lagi..seumanya rakan perempuan walaupun sekolah tersebut merupakan sekolah campuran lelaki dan perempuan .. Alhamdulillah indah khabaran hari pertama di sekolah baruku..

No comments:

Post a Comment