“Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (1) (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam), (2) Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, (3) Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.(4)”
Surah ini dinamakan sebagai surah Quraisy kerana ia menceritakan nikmat yang diberikan oleh Allah swt kepada orang Quraisy. Surah Quraisy adalah kesinambungan dari surah Al-Fil. Dalam mushaf Ubay, kedua-dua surah ini dianggap satu surah sahaja. Tetapi dalam mushaf al-Imam, kedua2 surah ini telah dipisahkan.
Surah Quraisy ini dibaca mengikut turutan susunan Musyhaf (Mushaf itu ertinya kumpulan tulisan dan selepas wafat Rasul digunakan untuk ayat2 Al Quran dikumpulkan oleh para sahabat dan juga tulisan2 hadis.). Ia dibaca selepas surah al-Fil yang menceritakan tentang tentera bergajah. Ini adalah tauqifinya (susunan daripada Allah swt).
Apakah perkaitan antara tentera bergajah dengan kaum Quraisy? Pada zaman Nabi Muhammad saw, kaum Quraisy tidak ingin mengikut seruan Baginda saw. Mereka adalah ‘penanda aras’ kepada orang Arab lain tentang kebenaran pegangan mereka. Jika orang Quraisy beriman, orang Arab lain akan turut beriman. Ingat kah kisah orang Arab yang berbondong-bondong masuk Islam setelah kaum Quraisy masuk Islam selepas Fathu Makkah. Ini dinyatakan dalam surah al-Nasr.
Peristiwa kemenangan orang Quraisy terhadap tentera bergajah menyebabkan mereka dihormati oleh seluruh penduduk Semenanjung Tanah Arab. Mereka beranggapan tidak mungkin kaum Quraisy dibantu oleh tentera Allah swt (iaitu burung-burung) jika pegangan mereka salah. Kaum Quraisy menjaga Ka’abah dan mendapat perlindungan Allah swt. Perlindungan ini mereka anggap membawa maksud pengiktirafan Allah swt kepada mereka. Walaupun dikala itu mereka masih menyembah berhala di sekeliling Ka'abah tersebut.
Tabi’ manusia melihat suatu perkara mengikut pandangan mata. Jika dia mendapat pertolongan Allah swt, tidak mungkin dia salah. Jika dia ramai pengikut, tak mungkin dia salah. Kaum Quraisy mendapat pertolongan Allah swt, sudah tentu Allah swt sayang kepada mereka.
Orang Quraisy juga bebas ke mana sahaja mereka pergi. Sama ada untuk perniagaan, kunjungan persahabatan atau melancong. Tiada siapa yang berani mengganggu mereka. Lanun pengacau jalanan pun tidak berani menyekat mereka. Allah swt telah memberi penghormatan dan rezeki yang luas kepada mereka.
Firman Allah swt bermaksud,
“Tidakkah mereka melihat Kami jadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman sentosa, sedangkan manusia (di negeri-negeri) di sekeliling mereka rompak-merompak.” – Surah Al-Ankabut ayat 67
Hingga satu ketika Nabi Ibrahim as pernah berdo’a yang maksudnya;“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab Neraka dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali. (126)” – Surah Al-Baqarah ayat 126
Mengikutkan faktor geografi, Tanah Arab adalah kering-kontan tiada apa yang istimewa kecuali kewujudan ka’abah. Mereka dikurniakan makanan yang banyak dan buah-buahan sebagai tanda kemewahan.disebabkan Ka’bah, tempat tumpuan.
Berkat do’a Nabi Ibrahim as bermaksud,:
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. (37)” – Surah Ibrahim ayat 37
Nabi Ibrahim as (berasal dari Iraq) telah membawa isterinya Hajar (berasal dari Mesir) bersama anak mereka Nabi Ismail as yang masih bayi ke tengah-tengah padang pasir (kedudukan Ka’abah sekarang). Baginda meninggalkan Hajar dan Ismail dengan hanya berbekalkan sekarung kurma dan sebekas penuh minuman. Nabi Ibrahim a.s kemudianya bergerak semula untuk ke Palestin.
Hajar bertanya kepada suaminya; “ Ya Ibrahim, adakah kamu akan meninggalkan kami di sini?”
Nabi Ibrahim menjawab; “Ya”
Hajar bertanya lagi; “Adakah Tuhanmu menyuruhmu berbuat seperti ini?”
Nabi Ibrahim menjawab; “Ya, Tuhanku menyuruh aku meninggalkan kamu di sini.”
Hajar kemudiannya berkata dengan yakin; “ Jika Tuhanmu menyuruhmu meninggalkan aku dan anak ini di sini, maka Dia tidak akan mensia-siakan kami.”
Kemudian berlaku peristiwa pencarian air oleh Hajar kerana kehausan. Hajar berlari dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali dan akhirnya Allah swt mengurniakan air zam-zam yang merupakan air terbaik berbanding dengan air-air yang lain. Air zam-zam adalah air bertenaga dan barakah.
Setelah kewujudan air zam-zam ini, datanglah kaum Jurhum (orang Arab) daripada Yaman meminta izin dengan Hajar untuk tinggal di kawasan itu. Maka mereka telah berkampung disitu sehingga Nabi Ismail as berkahwin dengan gadis Jurhum berketurunan Arab.
Nabi Ibrahim as telah datang melawat anaknya sebanyak 4 kali; iaitu dalam peristiwa Nabi Ibrahim as menyuruh Nabi Ismail as menukar isterinya, ketika pembinaan Ka’abah bersama-sama dan penyembelihan Nabi Ismail as sebagai korban.
Nabi Ibrahim as membawa agama tauhid di sekitar tanah Arab. Semakin ramai di kalangan mereka ke Makkah untuk melakukan haji.
Kemunculan berhala di Makkah berpunca dari seorang Quraisy yang ke Syam. Semasa dia melalui suatu tempat di sana, dia melihat patung berhala. Maka dia bertanya; “Ini apa?”
Orang di situ menjelaskan; “Ini adalah patung memperingati nabi dan orang yang soleh. Kami buat seperti ini untuk mengambil berkat mereka. Kami menghormati mereka.”.
Lama kelamaan, seolah mereka menyembah patung tersebut. Orang Quraisy meminta salah satu daripada patung itu untuk dibawa pulang ke Makkah, meletakkannya di Ka’abah dan menceritakan kepada penduduk Makkah apakah maksud patung tersebut sebagaimana yang diceritakan kepadanya oleh orang di Syam. Kemudian bertambah ramai yang menyembah patung berhala itu. Orang Arab yang datang membuat haji juga turut membawa pulang berhala ke tempat mereka. Menjadikan patung berhala tersebar dan bertambah banyak sehingga mencapai angka 360 buah yang berada di dalam Ka’abah.
Adakah apa yang dilakukan oleh orang Quraisy ini betul? Sudah semestinya tidak. Oleh itu surah ini diturunkan untuk mengingatkan kaum Quraisy supaya hanya menyembah Allah swt sebagai Tuhan mereka.
Perbincangan Ayat:
Ayat 1 – 2:
“Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (1) (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam), (2)”
Surah ini dikatakan sambungan dari surah al-Fil kerana ia bermula dengan ‘huruf jar’ dan ‘majrur’ iaitu dengan huruf ‘Lam’(ل) .Kebiasaannya, ia bergantung kepada perbuatan sebelumnya. Jika dibaca terjemahannya; “Kerana kebiasaan…” seolah-olah ia tergantung dan berkait dengan peristiwa sebelumnya. Apakah yang telah berlaku sehingga jawapannya; “Kerana kebiasaan..”.
Melihat kepada ayat terakhir surah al-Fil;“Lalu Dia menjadikan mereka binasa seperti daun-daun yang dimakan ulat.(5)”
Allah swt menjadikan tentera bergajah binasa seperti dedaun dimakan ulat. Kerana apa? Kerana ingin mengekalkan kebiasaan orang Quraisy hidup aman damai. Mengekalkan kestabilan kehidupan mereka. Kenapa Allah swt tujukan ayat ini kepada orang Quraisy? Kerana Allah swt ingin mengingatkan kepada mereka supaya hanya bertuhankan Allah ‘Azzawajalla sahaja, bukan kepada berhala mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 3 – 4.
Ayat 3 – 4:“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, (3) Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.(4)”
Huruf (فَ ) adalah huruf jar yang menunjukkan penekanan. Allah swt ingin menekankan bahawa; “Maka kamu mestilah berterusan mengabdikan diri kepada Tuhan rumah (Ka’abah) ini.”
Allah swt telah memberi tiga keistimewaan kepada kaum Quraisy;
1. Pertolongan menentang tentera bergajah.
2. Menghilangkan perasaan takut dan menimbulkan rasa ketenangan dan aman tenteram.
3. Mendapat nikmat rezeki yang melimpah ruah.
Kenapa orang Quraisy mendapat keistimewaan ini? Kerana adanya tanah suci Makkah iaitu Ka’abah. Bukan disebabkan mereka itu kaum Quraisy dan bukan juga kerana berhala yang mereka sembah.
Allah swt telah menempelak mereka kerana ingkar dengan seruan Rasulullah saw menyuruh mereka menyembah hanya kepada Allah swt, dan bukannya berhala yang mereka sembah.
Pengajaran yang boleh diambil:
1. Orang yang hidup senang tidak semestinya betul. Orang yang mendapat pertolongan Allah swt tidak semestinya betul. Berlaku sesuatu keajaiban ke atas diri seseorang tidak semestinya dia betul. Orang yang mendapat karamah tidak semestinya dia betul. Jadi apa yang betul?
Seseorang itu betul selagi dia mengikut syariat iaitu Al-Qur’an dan sunnah Nabi Muhammad saw.

Merujuk peristiwa orang Islam yang kalah ditangan orang Musyrikin dalam peperangan Uhud. Kemenangan kaum Musyrikin ini tidak menunjukkan mereka adalah betul.
Imam Ghazali pernah berkata:
“Apabila kamu melihat seseorang boleh terbang di udara atau boleh berjalan di atas air tetapi dia telah menyalahi sunnah, maka saksikanlah bahawa dia adalah syaitan.”
Orang yang berjubah putih, berserban dan banyak bertapa di dalam hutan atau gua tidak semestinya dia betul. Kenapa? Sebab dia tidak menunaikan solat Jumaat. Dia telah melanggar syari’at.
Berlaku keajaiban dalam perubatan secara batin. Perawat dapat melakukan pembedahan tanpa menggunakan peralatan seperti pisau bedah dan sebagainya. Pesakit diminta membaca ayat suci al-Qur’an dan berselawat kepada Nabi Muhammad saw sebelum pembedahan dilakukan. Kemudian perawat dapat mengeluarkan segala usus dalam perut dengan tanpa berlaku pendarahan. Usus yang telah dikeluarkan dimasukkan kembali ke dalam perut dan perut yang dibedah ditutup dengan hanya menyapu tangan perawat keatas bahagian yang terbuka. Kemudian pesakit akan terus dapat bangun berjalan dan sihat. Adakah perawat ini betul atau dia ada karamah? Tidak semestinya betul walaupun dia menggunakan ayat suci al-Quran pada peringkat awal. Satu keajaiban telah berlaku. Tidak mungkin ia satu karamah kerana dia tahu dan pasti apa yang ingin dilakukan. Sedangkan karamah adalah suatu yang tidak pasti berlaku dan tidak diketahui boleh berlaku. Perawat telah menggunakan ilmu sihir dalam perubatannya. Sihir adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Tetapi kita kena ingat, sihir adalah termasuk di dalam kategori dosa besar yang 7.
Kita sebagai orang awam, jangan muda terkeliru dengan keadaan seperti beristidraj, karamah, wali, sihir dan mukjizat. Mukjizat hanya berlaku kepada nabi dan rasul. Istidraj adalah keadaan di mana seseorang itu mendapat kenikmatan dan kesenangan atau kemudahan dari Allah swt sehingga dia lupa diri, bangga diri, sombong, tamak dan penyakit lain yang boleh membinasakannya hingga masuk neraka di akhirat kelak.
Karamah selalunya dikaitkan dengan wali. Wali bermaksud orang yang disayangi oleh Allah swt selepas Rasulullah saw. Karamah dianugerahkan kepada seorang wali sebagai anugerah. Sedangkan si wali itu sendiri tidak menyedari dia mempunyai karamah. Seorang wali tidak semestinya mempunyai karamah. Orang yang mengaku dirinya seorang wali adalah bukan wali. Kenapa? Kerana tiada siapa mengetahui dirinya adalah wali.
2. Allah swt Maha Memelihara rumahNya.. Allah swt membiarkan semua ini berlaku ke atas kaum Quraisy kerana ada maslahah atau hikmahnya. Inilah qadar Allah swt dan perancangan dan kehendakNya. Orang Arab masuk Islam secara beramai apabila melihat kepercayaan kaum Quraisy masuk Islam. Rasulullah saw berjaya membuka Kota Mekah.
3. Manusia cepat lupa kepada Penciptanya setelah mereka dilalaikan oleh kesenangan dan kemewahan dunia yang sementara ini. Hanya kembali kepada ajaran Al-Qur’an dan sunnah akan menetapkan hati mereka ke jalan yang lurus dan bersedia untuk kehidupan akhirat yang kekal abad.

4. Allah membinasakan angkatan tentera bergajah dan menahan mereka dari memasukki Makkah bagi mempastikan keamanan tetap berterusan di bumi yang banyak barakahnya ini.
5. Allah mengurniakan rezeki dan keamanan melalui perniagaan di luar negeri pada musim-musim sejuk dan panas, lalu mereka beroleh berbagai-bagai barangan yang baik dan selesa diguna.
6. Kaum Quraisy dipandang mulia dan dihargai kerana ada Kaabah di bumi mereka. Tanpa Kaabah, sudah pasti kedudukan mereka tidak lagi sebagai yang mereka perolehi.
7. Peringatan Allah yang menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan sepatutnya menimbulkan rasa malu kerana mereka tidak beribadat kepada Allah Tuhan yang memelihara rumah suci itu.
8. Menyediakan bekalan makanan yang secukupnya serta jaminan keselamatan merupakan tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat. Negeri-negeri yang maju pada hari ini dan sebelum ini tidak mampu menyempurnakan dua nikmat ini kepada rakyatnya.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment