Bismillah
Assalam alaik
' Tidak seorang Muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti dan derita sehingga sebatang duri menikamnya melainkan Allah swt memadamkan dengan itu semua dosanya'
(Riwayat Al Bukhari)
'Dan hendaklah kamu memohon ampun kepada TuhanMu kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberimu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)' Surah Hud ayat 3
Doa Nabi Musa as yang juga sepatutnya menjadi amalan dalam doa harian kita atau zikir padaNya yang terdapat di sebahagian Surah AlQasas ayat 24 bermaksud,'... Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini fakir (amat memerlukan) kepada apa sahaja kebaikan yang engkau turunkan' @
Semua di atas adalah petikan daripada buku bertajuk 'Penawar duka Pengubat Sengsara' yang telah lama ku beli tapi x sempat buka plastiknya sehinggalah pagi tadi... tepat sekali ...cop 'best seller'.. baru baca dimuka hadapan seakan2 penulis menjiwai pembaca yang tercari2 akan penawar duka pengubat sengsara.. Coretan oleh Professor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau singkatan glamournya(dalam fb) Dr. MAZA...
Anda juga patut membaca buku ini..
No comments:
Post a Comment