Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arasy kelak
Kurniakanku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku yang akan membimbingku di Titian SiratMu kelak
Kurniakanku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku adalah bidadaraku di JannahMu kelak
Limpahkanlah kepadaku dengan sifat tunduk hormat dan patuh akan segala kehendaknya
Sekiranya suamiku adalah yang terbaik buatku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti diri dan perasaannya
Sekiranya jodoh ini yang dirahmati olehMu Ya Rahman
Berilah kepadaku kesabaran yang kukuh menghadapi segala karenah dan ragamnya
KeranaMu Ya Allah ku redha segalanya
Selagi suamiku tidak menyalahi dan mengingkariMu
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin
Dah baca?.. anda pompuan atau lelaki dah kawin atau belum?.. sendiri jawab.. saya hanya kongsikan dalam blog ini kerana yang agak lama saya tinggalkan awal musim Syawal lalu..
No comments:
Post a Comment