Pages

Kelopak mawar

Monday, August 5, 2013

Taat Juga Satu Rezeki

Assalam alaik..

Bismillah..

Petikan mutiara ilmu AlFadhil Dr Zulkifli Mohamad AlBakri dri salah satu segemen dalam channel AL Hijrah...

Tahukah sebenarnya mentaati perintah Allah swt adalah satu rezeki anugerahNya jua..

Begini... tidak semua makhluk di dunia ini memilih untuk bersyahadah dan beriman padaNya walaupun mengetahui azab seksa neraka jahannam yang menanti di Hari Pembalasan..Mereka yang dilahirkan dari keluarga Islam fenomena biasalah.. tetapi mereka yang dilahirkan dari keluarga Islam.. ramai yang tinggal pada nama sahaja kan..nama pn mak bapaknya dah bagi ala2 omputeh atau the most glamorous pronounciation.. sampai yang nak terbelit lidah menyebutnya pun banyak..

Sebenarnya kita ni yang dipilih oleh Allah swt sendiri untuk taat beribadat padaNya adalah salah satu bentuk rezeki pemberianNya yang tidak ternampak dek mata kasar kita hambaNya..bersyukurlah.. alhmdulillah.. Walaupun ramai antara kita tidak dicurahkan rezeki yang zahir yang menjadi keutamaan kita seperti paras rupa tak hensem mana, kehidupan 'miskin' kekadang hampir papa kedana kekadang kais pagi, tiada pangkat atau derajat sekadar marhain biasa je.namun kita dilimpahkan rezekiNya selus2nya engan  cara 'ketaatan' kepada Allah swt..

Maka bersyukurlah kita walaupun tidak tergolong dalam hambaNya yang dilimpah ruahkan rezeki maher zain oopps yang zahir sama ada dalam bentuk rupa paras mengalahkan ratu dunia dan the most gergeous man ditambah pula harta benda keliling pinggang serta berpangkat pula asasl naik tahun naiklah pangkatnya dari jawatan kuli(semasa mula masuk) sekarang dah jadi Jutawan.. eh takmainla.. jadi milionone.. betul ke label nih..

Tidak mengapa.. kini amat jelas lagi bagi diriku bila solat dilaksanakan saat surah AlFatihah dibacakan  tatkala 'Tunjukkan kami jalan yang lurus' itulah anugerah kenikmatan Allah swt kepada kita hambaNya iaitu merasakan rezeki dalam bentuk ketaatan kepadaMu Ya Rab Maha Esa yang disembah tiada sekutu bagiNya.. Ya Rahman.. tambahkan rezeki ketaatan kepadaMu setiap masa setiap saat setiap hari sepanjang zaman selagi hayatku dikandung badan.. aaaamiiinn..   

No comments:

Post a Comment