Pages

Kelopak mawar

Monday, August 5, 2013

Ayat 35 Surah Al Ahzab

Sesungguhnya lelaki islam (muslim) dan wanita islam (muslimah), dan lelaki beriman (mukmin) dan wanita beriman (mukminah), dan lelaki yang taat (kepada Allah dan rasulNya) dan wanita yang taat (kepada Allah dan rasulNya), dan lelaki yang benar dalam pertuturan (sadiqin) dan wanita yang benar dalam pertuturan, dan lelaki yang bersabar mengawal nafsunya  serta menghadapi cubaan hidup dan melaksanakan ibadah secara istiqamah (sabirin) dan wanita yang bersabar mengawal nafsunya serta menghadapi cubaan hidup dan melaksanakan ibadah secara istiqamah, dan lelaki yang merendah diri dan khusyuk (kepada Allah) dan wanita yang merendah diri dan khusyuk (kepada Allah), dan lelaki yang bersedekah serta wanita yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa serta wanita yang berpuasa, dan lelaki yang memelihara kehormatannya (menjauhi zina dan memelihara aurat) serta wanita yang memelihara kehormatannya (menjauhi zina dan memelihara aurat), dan lelaki yang banyak menyebut asma Allah (zikrullah secara lisan dan batin) serta wanita yang banyak menyebut asma Allah (zikrullah secara lisan dan batin), Allah telah menyediakan bagi mereka ini semuanya keampunan dan pahala yang besar iaitu syurga...

Subhanallah.. Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang. Allah swt menyediakan ampunan dan pahala yang sangat besar kepada mereka yang dikehendakiNya tanpa mengira jantina keturunan atau paras rupa....

Adakah kita masih belum lagi tergolong dalam senarai yang dinyatakanNya?..wallahualam  

No comments:

Post a Comment