Semalam.. solat isya' dan terawih ku lewat agak lewat... tengah malam.. dah tidur dalam 30 min sebelum tu.. seharian yang penat dan cuaca panas..aktiviti pula mengecat umah.. aduiii.. tu la bila tiada perancangan dibuat..last minute baru diputuskan nak diteruskan projek tuh...
Back tu solat terawih.. ehemm.. sejak menjak dengar ceramah ugama tu.. diri ni pun buat solat terawih 4 rakaat satu salam.. itu pertama... kedua surah dbaca pada rakaat pertama selepas Surah AlFatihah bukanlah surah2 pendek biasa dalam muqaddam tu.. capai AlQuran surah Sajadah... hm.. walaupun tak sepanjang Surah AlBaqarah kan.. kira suatu usaha mengikuti sunah Rasulullah saw juga kan..tapi x la setiap terawih.. cuma adalah beberapa kali... why surah ni di pilih.. hmm x juga pilih.. sebelum tu selepas solat isya' nampak AlQuran capai dan halaman pertama dibuka.. surah yang tertera itulah yang akan dibaca.. berpeluh juga berdiri membacanya.. berat memegang ALQuran besar sebab mata dah rabun dekat..
That's not my point.. sebenarnya nak cerita bahawa sebelum sahur buka fb terjumpa catatan berikut berkaitan surah Sajadah yang dibaca.. Subhanallah.. persamaan dan hikmah adalah kerahsiaanNya..
Surah Sajadah ayat 12
bermaksud, " Dan (sungguh ngeri sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina sambil merayu) 'Wahai tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas2nya (akan segala yang kami ingkari dahulu), maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal yang baik2, sesungguhnya sekarang kami telah yakin'"
Bila kita faham maksud ayat ini adakah kita masih lalai leka degil ego dan sombong berada di muka bumi ini? Bayangkan bagaimana keadaan kita di kahirat kelak jika masih terus berdegilan x mengubah diri kita ke arah muslimah yang sejati.. Sedangkan orang2 yang terlebih dahulu berada di alam barzah jika diberi peluang utnuk hidup semula berjanji atau bersumpah untuk kekal dan tetap beriman kepada Allah swt di dunia ini..kita pula kematian semakin hampir..mngkin esok lusa
wallahualam..
No comments:
Post a Comment