Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang banyak
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu wahai Muhammad kebaikan dan kenikmatan yang banyak di dunia dan di akhirat diantaranya sungai Kautsar di Syurga ditepinya terdapat tanda-tanda dari mutiara dan menyemarakkan haruman kasturi.
Maka, laksanakanlah solat kerana TuhanMu dan berqurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah)
Maka, ikhlaslah ketika melaksanakan solat kepada TuhanMu dan sembelihlah korban kerana Allah semata-mata.
Sesungguhnya orang yang membencimu, dia lah yang terputus (dari mendapat rahmat Allah).
Sesungguhnya orang yang membencimu(Muhammad) dan membenci apa yang engkau bawa iaitu petunjuk dan cahaya kebenaran, mereka adalah orang yang terputus dari segala kebaikan.
Surah AlKautsar merupakan surah ke 108 dalam Al Quran. Ia tergolong dalam surah Makkiyah dan terdiri daripada 3 ayat sahaja. Memang my favourite dibaca dalam solat selain Surah Al Ikhlas sebabnya.. pendek sangat.. tu je.. sebab ku jahil dalam bahasa Arab apatah lagi sebelum2 ni belum dibukakan hati untuk mengambil tahu hikmah2 Kalamullah ini... Surah Al-Kautsar adalah surah yang paling pendek dalam Al Quran (see.. told U.. paling pendek dalam AlQuran babe.. teruk betul ku kan). Perkataan Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak bersempena perkataan dari ayat pertama dari surah ini.
Jika kita amati terjemahan dan tafsirannya, isi kandungan surah ini menyuruh(perintah ..ok) kita hambaNya memperhambakan diri kepada Allah swt iaitu melaksanakan solat dan berkorban semata-mata dan ikhlas kerana Allah swt kerana dengan izinNya telah banyak kurniaanNya dan pemberian kenikmatanNya dikecapi oleh hambaNya. Maka adalah sewajarnya perintahNya itu bukanlah suatu bebanan kepada kita orang yang beriman padaNya sebaliknya mereka yang membenci Islam dan orang beriman akan terputus daripada memperoleh kebaikanNya di dunia atau di akhirat...
Tahukah kalian diriwayatkan dari Anas bin Malik, ketika Rasulullah saw mengantuk sesaat kemudian beliau tersenyum kerana turunnya surah ini. Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Baginda saw kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib. Rasulullah saw menjelaskan sabdanya bermaksud, "Al Kausar adalah sungai yang diberikan Rabb kepadaku di syurga. Di dalamnya terdapat kenikmatan yang berlimpah. Pada hari Kiamat nanti umatku akan meminum airnya." (Hadis Riwayat Ahmad)
Berbagai dikatakan orang tentang kelebihan surah ini jika diamalkan.. Bagi diriku.. memandangkan apa2 jua surah dalam AlQuran merupakan kalamullah dan diturunkan mengikut peristiwa peringatan larangan dan sebagainya.. asalkan diamalkan dengan penuh penghayatan dan pemahaman isi kandungan surah ini in syaa Allah apa jua hajat dan tujuan selagi tidak bertentangan denganNya akan dikabulkan... wallahualam saya senaraikan kelebihannya berdasarkan perolehan dari blog2 lain...
- antara surah yang bagus dibaca ketika hujan turun dan berdoa.
- bagus juga dijadikan dalam senarai zikir iaitu membacanya 1,000x jika mampu mudah2an berkat usaha kita itu Allah swt menambahkan rezeki.
- jika rajin membacanya dengan hati yang khusyuk penuh penghayatan dan melaksanakan seikhlas hati perintahNya yang dinyatakan dalam surah ini semata2 keranaNya in syaa Allah mudah2an Allah swt melembutkan hati dan meningkatkan darjat kekhusyukan ketika menunaikan solat..(bagus untuk ku ni) Al Imam At Tamimi juga mengatakan selain kebaikan tersebut, hati kita juga akan tetap melakukakan ketaatan pada Allah swt.. peluang jongkong emas ni..
- Sesiapa membaca Surah Al-Kautsar dan melaksanakan perintahNya seperti dalam surah ini dan menjadi muslimin dan muslimah yang sejati, mudah2an Allah swt akan mengizinkan kita minum air dari sungai di syurga ini.. (cu baca tafsiran ayat pertama...)
No comments:
Post a Comment