Pages

Kelopak mawar

Wednesday, August 14, 2013

Percikan api neraka 70,000 tahun dahulu..

Assalam

Bismillah..

Tajuk tu bukan petikan mana2 kalamullah atau hadis Nabi k... ia hanyalah pernyataan diri sendiri agar lebih insaf dan sedar kita hanyalah hambaNya yang fakir...

Sehari sebelum menyambut Syawal.. seperti biasa kaum hawa akan amat sibuk di dapur menyiap juadah yang paling pandai dibuatnya (hehehe tak semestinya sedap k).. disebabkan waktu paginya menyibuk sangat mengintai2 kat pasar2 tani dan pasaraya berdekatan.. sesi memasak hanya dimulakan di sebelah petang... maknanya memang bersilat dengan masakan untuk berbuka puasa kan.. dapur gas ku hanya 2 sahaja.. so satu untuk juadah berbuka satu untuk juadah raya.. haha... bagus.. maknanya juada berbuka siap dulu.. tempoh memasak juadah raya dipanjangkan masanya terbawa2 ke pagi raya.
 gambar hiasan k

Pendek citer.. kuah kacang ku mula masak jam 4 pagi.. usai solat2 dan doa2 yang berpatutan tu lah.. alhamdulillah walau sakit belakang ni bagai nak putus 2 badanku rasa.. masih boleh teruskan misi di dapur.. seronok juga memasak sorang2 ni aman... sedang mengacau2 kuah kacang tersebut sambil mengelamun.. pap.. adoiii... sakitnya terasa di atas jari hantu kananku... Alhamdulillah kataku.. Allah menyedarkanku supaya fokus pada masakan.. tapi sakit oo.. so cakap kat diri tak pe.. api neraka itu lagi panas..

Ku godek2 lagi kuah kacang sela 25 minit.. pap.. adoii di pangkal jemari terlunjuk kiriku pula landingnya percikan kuah kacang itu.. nasib baik masak awal pagi kan.. sejuk je gtu.. kalau petang tu ku masak memang dah kubuang semua kuah kacang tu.. dalam menahan sabar tu.. sempat juga terfikir.. macam ni agaknya rasa sakit percikan api yang terkeluar dari neraka 70,000 tahun dulu.. bayangkan after 70,000 tahun pun sakitnya masih terasa.. itu  baru percikan.. nauzubillah..Ya Rahman aku mohon syurga FirdausiMu tanpa hisab..

Itulah citer ku.. usai masak dan beraya hinggalah masuk raya ke4 baru perasan di kedua2 jemari tersebut memang melecur dan menggelembung..cacat sudah..

Moral of the story.. banyak ni kalau nak di senaraikan.. tapi sendiri tahu jelah k.. jangan nakal2 jadilah hambaNya yang disayangi dan dirahmati..

No comments:

Post a Comment