Bismillah..
Ada wanita tidak suka kelihatan cantik?...bukan ke terma paling suka didengari awet muda.. pasti caiq..tapi biarlah kecantikan dan awet muda itu kekal beserta akhlak yang mulia dan dipelihara kerana Allah swt..
Ini juga jumpaan daripada satu blog saya sekadar kongsikan..
Dinyatakan 3 cara yang boleh di amalkan untuk kelihatan awet muda dan cantik berseri.. kaedah 2 tu pernah saya jumpa dalam blog lain..
Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Boleh amalkan kesemua cara berkenaan atau salah satunya juga tidak mengapa.. yang penting mendapat barakah dan keizinanNya dengan syarat istiqamah mengamalkannya.
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38 |
Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
- Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
- Baca ” Ya Nur ” 1x
- Baca ” Ya Hadi ” 1 x
- Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
- Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
- Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
No comments:
Post a Comment