Assalam alaik..
Bismillah..
Sedang browsing FB terjumpa catatan2 tentang hadis2 Rasulullah saw... Rasul yang Ummi.. saya kongsikan di sini sebagai peringatan bersama... Apabila Baginda saw bertanya kepada sahabatnya iaitu, "Tahukah kalian siapakah orang muflis itu?"
Mereka menjawab, " Orang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak memiliki harta/barang".
Rasulullah saw bersabda menjelaskan, " Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah pada hari kiamat orang yang membawa bersamanya pahala solat, puasa dan zakat. namun ia juga membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca, menuduh tanpa bukti, memakan harta yang bukan miliknya, melakukan tumpah darah dan memukul. Maka sebagai tebusan atas kezaliman tersebut, diberikan kebaikan2 yang dilakukannya kepada mereka yang pernah dizalimi hingga tatkala kebaikannya telah habis dibahagikan namun belum mencukupi menebus semua kezalimannya, diambil pula dosa2 kejahatan/kesalahan mangsa kezalimannya sebagai dosanya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka" (Hadis Riwayat Muslim)..
Saya pernah mencatatkan hadis ini dalam entri sebelum ini tapi.. tak salahkan sekadar memperingatkan lagi dan lagi.. kita ni insan hambaNya yang fakir, cuai dan alpa.. astaghfirullah.. ampunkan dosa2 kami.. Dalam kita sibuk melaksanakan tanggungjawab dunia dan amanah yang Allah swt berikan serta memperbanyakkan bekalan di akhirat.. perlu berhati2 juga asal tidak muflis dunia dan muflis akhirat... Lebih baik lagi muflis dunia daripada muflis disisiNya..sekurang2nya muflis dunia akan mendekatkan kita kepada Si Pencipta Yang Esa..
No comments:
Post a Comment