Pages

Kelopak mawar

Tuesday, August 6, 2013

Amalan Rasulullah saw Pada 1 Syawal

Difahamkan tatkala waktu menunjukkan ketibaan 1 Syawal, berikut adalah amalan Baginda Rasulullah saw sama ada secara istiqamah atau disebabkan tarikh kegembiraan atau kemenangan umat Islam ini.
1. Solat sunat tasbih:
Rasulullah saw melakukan solat sunat tasbih setiap malam. Kita umatnya andai tidak mampu seperti itu cubalah sekali seminggu atau sekali sebulan atau sekali setahun atau sekurang2nya sekali seumur hidup. Rasanya kita larat buat tak malam tu? Rasulullah saw beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan dan memperbanyakkan solat2 sunat berzikir dan membaca AlQuran dsbgnya.. Kita?

2. Qiamullail:
Rasulullah saw bersabda,Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebuah lagi hadis menjelaskan, “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”
Imam Syafie juga menyebut dalam kitabnya bahawa antara seribu malam ada lima malam  sangat mustajab untuk berdoa iaitu pada malam jumaat, malam eidul fitri, malam eidul adha, malam awal bulan rejab dan malam nisfu syaaban. Kalau ada sesapa mempunyai hajat dan bersungguh2 agar hajatnya dikabulkan bagus dibuat malam tu.. Tetapi kalau dah siangnya pulun masak itu ini dekorasi sana sini moreh bagai di hotel baju raya belum gosok lagi.. pokpekpokpek ngan beradik cucu cicitla... ishish larat ke mata tu dibuka.. ehehe..

3. Mandi sunat eidil fitri:
Jangan lupa berniat seperti ‘sahaja aku mandi sunat hari raya kerana Allah Taala' semasa hendak mandi. Lebih bagus kalau rambut telah digunting keas dan kuku telah diketip.Gosok gigi juga. Islam kan agama kebersihan..

4. Menjamah sedikit bagi mengalas perut sebelum menunaikan solat sunat eiidulfitri: 
Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya, "Sebelum pergi masjid untuk menunaukan solat sunat eidulfitri Rasulullah saw akan makan buah tamar dalam bilangan ganjil." Kalau kat tempat kita menjamah kekadang boleh jadi melantak terus.. Pergi masjid masa dengar khutbah sambung tidur balik.. ehemm..Wallahua’lam.

5. Memakai pakaian yang bersih suci dan menutup aurat:
akan lambang kepada kemenangan seorang muslim selepas Berjaya menahan dugaan dan nafsu selama sebulan. Ada ulama berpendapat pakaian jubah dan serban putih bersih dan suci adalah pakaian hari raya yang terbaik. 1 Syawal adalah lambang kemenangan orang Islam selepas berjaya menahan dugaan dan nafsu serta menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia. Kita ni part pakaian sangat meriah kan.. citrawarna Malaysia.. semua warna ada.. bukan sepasang tetapi berpasang2.. especially minah mamat yang ada lebih daripada satu calon2 pasangannya.... Ikut trend lagi tu.. sejak 1 Ramadhan even before that pun dah mencari baju2 raya ni.. 

6. Memakai wangi-wangian:
Apapun bauan dan haruman yang disukai pakailah asalkan halal dan tidak kuat sampai menyucuk hidung lembu baunya.. Daripada menyenangkan orang berada disebelah jadi semput pula mamat tuh sesak menahan nafasnya.. Yang wanita jangan lelebih plak.. takut jadi fitnah. Memang kita memilih bau yang terbest tapi kalau telinga panjang kita ni terdengar orang kata cegini tak ke malu yang lebih 'Akak tu pakai minyak wangi ke minyak gas mak, mesti busuk giler bau badan dia tanpa minyak tu kan'...

7. Banyakkan bertakbir:
Takbir raya dilaungkan selalunya selepas solat isya' hari terakhir Ramadhan. Ada sesetengah tempat selepas solat di masjid mereka akan bertakbir dari sebuah rumah ke sebuah rumah.. dululah meriahnya.. sekarang ramai x duduk diumah.. sibuk sana sini last minit soppin bagai.. Apapun bertakbirla dan perbanyakkannya sehingga berlabuhnya malam 1 Syawal. iskiskisk sayu.. walaupun takbir itu adalah laungan kebesaran dan mengagungkan Ilahi dan sempena menyambut kemenangan.. diri masih sedih atas kehilangan orang2 yang tersayang..
Selain itu teruskan juga amalan bertasbih bertahmid dan selawat atas junjungan Nabi kita

8. Bersalaman dan bermaafan bersama ahli keluarga terdekat dan berada di depan mata:
Selalunya kita melakukannya lepas balik solat kan.. tapi ada yang terus singgah tapak rumah pusara ahli keluarga yang telah kembali padaNya..ada yang kelaparan memang perut span agaknya makan2 dulu.. apapun bila masa bersalaman ni kena buat.. tak semestinya pagi raya je kan.. tiap2 hari pn kena juga..cuma pagi 1 Syawal ni istimewa sket.. drama free airmata banyak..

9. Menunaikan zakat fitrah pada pagi hari raya:
Rasulullah saw bersabda waktu yang paling afdhal untuk menunaikan zakat fitrah ialah pada pagi hari raya eidul fitri. Sekarang ni banyak tempat dah amil2 kita berada di pasar Ramadhan di kompleks beli belah selain di masjid. Mereka pun tahu tepat kunjungan popular orang melayu akak Islam.. Jadi semakin ramai mengambil pahala sunat membayar zakat lebih awal.. Anda sudah ke?.

10. Pergi ke masjid melalui jalan yang berlainan dengan jalan pulang ke rumah:
Islam adalah agama yang mementingkan ukhuwah. Tujuan nabi saw pergi ke masjid melalui jalan yang berbeza dengan jalan pulang ke rumah adalah untuk mengambil kesempatan berjumpa dengan lebih ramai orang untuk bermaaf-maafan. Dulu jalan kaki.. kita sekarang berlumba2 dengan kereta baru.. hehehe.. betul tak?.. tapi bila di parker dalam banyak2 keta motor tu kan.. nampak macam laut je.. tak de bezanya pun.. cu korang nengok berapa banyak keta yang nak berhenti tumpangkan yang tua bangka yang OKU semasa pergi atau balik.. susah especially keta mewah.. Alasan 'dah penuh'.. tapi beli barang boleh je sumbat kan.

11. Ziarah menziarahi
Hmm.. memang syok dok depan tv berbagai citer dah diatur.. jengok2 la sedara mara jiran sebelah menyebelah sahabat handai.. korang tak kesian ke mereka tu sakan tau beli baju raya cantikkan umah cantikkan diri tapi korang tak jengok plak..hehe..

12. Bersedekah
Eh.. bukan bulan posa je banyak pahala, masa ni lagi berlipat dan berganda pahalanya.. banyakkan bersedekah.. senyum pun sedekah.. yela faham.. persiapan nak raya dah banyak pakai duit kan.. tapi abang kakak.. takkan sikecik tak dapat duit raya kut nak aniaya anak orang pun jangan la bagi sampul je..taku nanti dapat fitnah yang baik sket bunyinya dari caci.. apa perasaan bila sikecik yang berhati luhur dan berjiwa bersih itu berkata, ' Abah, harap hensem je abang tu baju kasut punyala branded duit raya biru sekeping je'.. hah ambek ko.. .

No comments:

Post a Comment