Kesabaran dan keikhlasan sama mulia darjatnya.. kesabaran menghindarkan diri daripada perkara2 yang tidak disukai allah swt manakala keikhlasan adalah sesuatu yang disukaiNya.. jika kedua2nya diniatkan kerana Allah swt..
Doakanlah agar Allah swt selalu mengurniakan kebahagiaan kepada kita melalui anugerah kesabaran dan keikhlasan terhadapNya..
Bahagia adalah setulus perasaan yang pasti menjadi idaman setiap hambaNya.. ia kadangkala tidak mudah diungkapkan atau digambarkan dengan perkataan yang ada tidak kira bahasa apa jua digunakan.. kebahagiaan adalah suatu yang abstrak pada pandangan mata tetapi dapat dirasai seluruh jiwa .. Namun setiap jiwa hambaNya mempunyai tahap penterjemahan bahagia yang berbeza..
Kebahagiaan dan kesedihan pula ibarat peribahasa Melayu Indonesia 'setali 3 uang'.. roda yang berpusing.. salah satunya akan datang silih berganti.. sepertimana siang yang menyuram menghairkan malam yang gelita sepi.. atau jua di penghujung rintisan hujan menerpa si pelangi..
Maka di saat merasa kesedihan.. hentikanlah..
Bila kenyataan tidak seindah harapan dibayangkan
Bila yang kita sayang melakukan pengkhianatan
Bila janji terpatri terlingkari
Bila hati disakiti
Sudah2lah bersedih hati
Bila diri dipandang sebelah mata
Kehidupan diri tak semewah kilauan permata
Dipersila tiada dihalau pula
Bersabarlah keranaNya..
Ikhlaskan setiap lara yang menerpa
Ikhlaskan setiap duka nestapa yang mendera
Ikhlaskan setiap kekecewaan yang meruntun jiwa
Ikhlaskan keranaNya....
Kerana Allah swt pemilik penawarNya.. berbagai cara membahagiakan hambaNya.. Hari ini esok atau selamanya...
Subhanallah... Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment