Tajwīd berasal dari perkataan Jawwada dari segi bahasa bermaksud melakukan sesuatu dengan elok. Ilmu tajwid itu adalah melafazkan, membunyikan dan menyampaikan dengan sebaik-baiknya, indah dan sempurna dari tiap bacaan atau sebutan setiap ayat Al-Quran.
Dalam ilmu tajwid terdapat istilah yang harus diperhatikan dan diketahui dalam penyempurnaan pembacaan Al-Quran di antaranya,
a. Makharijul huruf ~ tempat keluar masuknya huruf
b. Shifatul huruf ~ cara melafazkan atau mengucapkan huruf
c. Ahkamul huruf ~ hubungan antara huruf
d. Ahkamul maddi wal qasr ~ panjang dan pendeknya dalam melafazkan ucapan dalam tiap ayat Al-Quran
e. Ahkamul waqaf wal ibtida’ ~ mengetahui huruf yang harus mulai dibaca dan berhenti pada bacaan jika ada tanda huruf tajwid dan
f. kaedah penulisan Al-Khat (biasa) dan Al-Utsmani(kalimah kalamullah)
Para ulama’ besar menyatakan hukum mempelajari tajwid itu adalah fardhu kifayah (rujuk entri saya sebelum in) tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf ( orang yang baligh lagi berakal yang telah sampai dakwah Islam kepadanya).
Mengenal, mempelajari dan mengamalkan ilmu tajwid berserta pemahaman akan ilmu tajwid itu sendiri merupakan hukum wajib suatu ilmu yang harus dipelajari untuk menghindari kesalahan dalam membaca ayat suci Al-Quran dan melafazkannya dengan baik dan benar sehingga tiap ayat yang dilantunkan didengari indah dan sempurna. Walaupun setiap hari sedikit sahaja ayat kalamullah, pembacaannya mestilah dengan bertajwid sekalipun bacaan itu adalah bacaan sunat (membaca al-Quran yang tidak wajib seperti dalam solat), ayat al-Quran itu wajib dibaca dengan bertajwid sebagaimana ia diturunkan tanpa membuat perubahan. Sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa dan terrmasuk dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri.
Al-Quran merupakan salah satu pegangan utama sebagai panduan jalan yang benar kepada kita selaku umat Islam. Membaca ayat suci Al-Quran setiap hari memberi banyak kelebihan kepada kita dalam kehidupan seharian manakala Sunnah Rasul adalah penerangan terhadap hukum Allah swt. Penjagaan tajwid yang betul dan penyempurnaan bacaan perlu diutamakan agar sebutannya tidak terpesong daripada makna yang sebenar kalamullah berkenaan.
Dalam entri sebelum ini saya telah nyatakan firman Allah swt dalam Surah Al-Muzammil sebahagian ayat 4 bermaksud, “Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan/tartil (bertajwid)”. Ayat ini jelas menunjukkan bahwa Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw membaca Al-Quran yang diturunkan kepadanya dengan tartil iaitu memperindah pengucapan setiap huruf-hurufnya (bertajwid).
Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah ra(isteri Nabi Muhammad saw), ketika beliau ditanya tentang bagaimana bacaan Al-Quran dan solat Rasulullah saw, maka beliau menjawab, ”Ketahuilah Baginda saw solat kemudian tidur yang lamanya sama seperti ketika beliau solat tadi, kemudian Baginda saw kembali solat yang lamanya sama seperti ketika beliau tidur tadi, kemudian tidur lagi yang lamanya sama seperti ketika beliau solat tadi hingga menjelang subuh." Kemudian dia (Ummu Salamah) mencontohkan cara bacaan Rasulullah saw dengan menunjukkan (satu) bacaan yang jelas (ucapan) hurufnya satu persatu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi).
Hukum tajwid dan ilmu tajwid yang harus dipelajari, difahami dan diamalkan dalam pembacaan Al-Quran adalah,
1. Hukum Ta’awuz dan Basmalah
Isti’azah atau taawuz adalah melafazkan atau membunyikannya : “A’uzubillahi minasy syaitaanir rajiim”
cara melafazkan basmalah adalah bunyinya:
“Bismillahir rahmaanir rahiim”
Terdapat 4 cara membaca iati’azah, basmalah dan surah :
a. memutuskan isti’azah (berhenti) kemudian baru membaca basmalah,
b. menyambungkan basmalah dengan surah tanpa berhenti,
c. membaca isti’azah dan basmalah terus-menerus tanpa henti,
d. membaca isti’azah, basmalah dan awal surah terus-menerus tanpa berhenti.
Terdapat 4 cara membaca basmalah di antara dua surah. Membaca basmalah adalah tanda awal dimulai suatu bacaan dalam surah Al-Quran. Membaca basmalah suatu keharusan dengan tujuan :
a. Basmalah sebagai pemisah dengan surah Al-Quran yang lain
b. Sebagai penghubung dengan awal surah Al-Quran
c. Sebagai penghubung dari kesemua surah Al-Quran
d. Menghubungkan akhir surah dengan basmalah, lalu berhenti (tidak digalakkan). Basmalah tidak selalu menjadi awalan surah yang harus terus dibaca untuk melanjutkan surat berikutnya.
penghargaan: belajarmembacaalquran.com,
No comments:
Post a Comment