Pages

Kelopak mawar

Tuesday, October 1, 2013

Rasm Uthmani.. Kelebihannya

Antara kelebihannya

i. Mengikut sunnah Rasulullah saw

ii. Mengikut tulisan al-Quran yang asal

iii. Boleh memahami makna yang berlainan  tanpa terkeluar daripada maksud sebenar

iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan)

v. Sebagai hujah kepada yang fasih bahasa al-Quran 

vi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.

vii. Salah satu dari mukjizat al-Quran

 viii.Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir

ix. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim

x. Berdasarkan kepada dalil yang kuat dan hujah yang jelas

 xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat)

xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf 7.

Tahap Penulisan AI-QuranPenulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap berikut:

i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda

ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al-Duali(meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin al-Hakam).

iii.Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya binYa'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi,

iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda baris (harakah) yang dipeloporioleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu KhalifahAbdul Malik bin Marwan.

v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda waqaf dan lain tanda lagi.Tulisan al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara Islam yang lain sehingga ke hari ini.

 Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:

i.Bacaan mengikut riwayat Hafs dari Imam 'Asim adalah paling banyak diamalkan di negara Islam.

ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara Afrika.

iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara Asia Tengah.

iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak diamalkan di Sudan.

Penulisan AI-Quran (Ilmu Rasm) ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz atau ucapan untukmemelihara pengucapan hurufnya dari segi lafaz, huruf asal dan ilmu yangmembahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikanhuruf. Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secaraijma' (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad saw.

Pembahagian Rasm al-Quran terbahagi kepada dua bahagian 

i. Rasm Qiasi/Imla'i. - Iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/ pertuturan.

ii. Rasm Istilahi/ Uthmani. - Iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidaksama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapakaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah. Kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah ini. Penulisan mushaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat tauqifiyyah (penetapan/penentuanNabi), maka penggunaan tulisan Imla'i atau Qiasi tidaklah diharuskan.     

Imam           Qiraat         'Asim.
 
Nama sebenarnya iala Imam ‘Asim bin   Abi al-Najud al-Kufi. Ayahnya bernama Abdullah dan keturunannya ialah Abu al-Najud manakala ibunya pula bernama Bahdalah. Ada juga yang mengatakan nama sebenar ‘Asim ialah  ‘Asim ibnu Bahdalah. Imam ‘Asim bin Abi al-Najud al-Kufi juga digelar sebagai Abu Bakar kerana beliau  berketurunan Arab asli daripada kabilah Bani Asad di Kufah dan salah seorang daripada al-Qurra’ al-Sab’ah. Beliau telah mangambil ilmu qiraat daripada dua orang sahabat iaitu Ani Ramthah Rifa’ah al-Tamimi dan al-Harith bin Hassan al-Bakri.

Imam ‘Asim menjadi tabi’in kerana Abi Ramthah telah mengambil riwayat daripada al-Imam Ahmad bin Hanbal manakala al-Harith pula mengambil riwayat daripada Abi Ubaid al-Qasim bin Salam. Guru kepada Imam ‘Asim ialah  Abi Abdul Rahman Abdullah bin Habib bin Rabi’ah al-Sulami al-Dharirr, Abi Maryam Zarrin bin Hubaisy bin Habsyah al-Asadi dan Abi Amru Sa’dun bin Ilyas al-Syaibani. Mereka bertiga pula mengambil riwayat daripada Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa al-Sulami  mengambil riwayat daripada Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit. Ibnu Mas’ud, Ali, Ubai danZaid mengambil riwayat daripada Rasulullah saw.

Imam ‘Asim adalah Imam yang pertama dalam bidang Qiraat di Kufah selepas
Abi Abdul Rahman al-Sulami dan menjadi tumpuan serta tempat rujukan semua manusia dari segenap pelusuk dunia. Beliau dianugerahkan suara yang merdu, pandai membaca al-Quran al-Karim dengan bertajwid serta mempunyai sebutan dan lahjah yang jelas. Abu Bakar ibnu ‘Iyash(Syu’bah) berkata, “ Tidak pernah aku melihat seorang manusia yang pandai membaca al-Quran al-Karim melainkan ‘Asim  bin  Abi al-Najud al-Kufi   yang begitu mahir dalam bidang ilmu bahasa, nahu dan pakar dalam bidang feqah."
Berkata Yahya bin Adam dari Hassan bin Soleh, “ Aku melihat tidak ada seorang pun yang lebih fasih bercakap melainkan Imam ‘Asim bin al-Najud al-Kufi”. Abu Bakar bin ‘Iyash berkata, “Imam ‘Asim pernah jatuh sakit selama dua tahun tanpa membaca al-Quran dan membuat sebarang kerja. Apabila beliau sembuh dari penyakitnya, beliau dapat membaca al-Quran tanpa melakukan sebarang kesalahan”.

Imam ‘Asim mempunyai beberapa orang anak murid. Di antaranya Hafs bin Sulaiman, Abu Bakar Syu’bah bin ‘Iyash, ( kedua-duanya ialah perawi yang masyhur ), Abaan bin Taghlab, Hamad bin Mihran al-A’masyh, Abu al-Munzir Salam bin Sulaiman, Sahl bin Syu’aib, Syaibanbin Muawiyah dan lain-lain lagi.Imam ‘Asim juga pernah mengambil riwayat daripada Abu Amru bin al-A’la, Khalil bin Ahmad dan Hamzah bin al-Ziyat. Beliau wafat pada akhir tahun 127 Hijrah di Kufah.

Penghargaan antaranya:  Ustaz Md Abdu Bin Sahak B.A (Hons) Al Quran & Qiraat Universiti Al AzharMesir.

No comments:

Post a Comment