Pages

Kelopak mawar

Wednesday, October 2, 2013

Andai Jumpa Penama Nun Mati dan Tanwin...

Hukum nun mati dan tanwin

Bismillah.. mungkin ramai yang dah hafal dan mahir dengan ilmu tajwid yang ni.. saya tak termasuk dalam golongan itu.. so kenalah selalu belajar dan belajar lagi dan lagi sampai sempurna ilmu tajwid di dada.. k.. 

Dulu masa sekolah hukum ni la asas yang dipelajari.. almaklumlah kite produk  sekolah kebangsaan bukannya aliran ugama Islam..



 
Contoh : ayat di atas merupakan ayat dari surah Al-Baqarah ayat 145), cuba anda  perhatikan hukum nun mati dan tanwin bila berjumpa dengan salah satu huruf hijaiyah hukum2nya adalah: huruf yang diberi warna (merah ~ izhar halqi), (hijau ~ idgham), ( biru ~ ikhfa haqiqi), ( ungu ~ iqlab).

IQLAB
 
  • Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu Ba', maka hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dengan disertai suara "Ghunnah" (dengung) dengar kadar panjang dua harakat. Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba' ada persamaan antara makhraj dan sifatnya.
  • Makhraj (sebutan) Mim dan Ba' pada antara dua bibir.
  • Sifat yang sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar, Istifal, Infitah, Idzlaq dan Ghunnah.
2) IDGHAM BILA GHUNNAH

  • Contoh: مَنْ لَمْ harus dibaca Mal lam
  • Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sakinah atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah. Bacaan Idghamnya lebur tidak disertai dengan Ghunnah (dengung).
3) IDGHAM MA'AL GHUNNAH
  • Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-huruf Idgham Ma'al Ghunnah iaitu Ya', Wau, Mim dan Nun dalam dua kalimah. Maka ia dibaca lebur dengan disertai ghunnah (dengung) dengan kadar 2 harakat.


Pengecualian
Jika nun mati atau tanwin bertemu dengan keenam huruf idgam tersebut tetapi ditemukan dalam satu kata, seperti بُنْيَانٌ, اَدُّنْيَا, قِنْوَانٌ, dan صِنْوَانٌ, maka nun mati atau tanwin tersebut dibaca jelas.

4) IKHFA' HAQIQI

  • Dinamakan Ikhfa' Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah. Ikhfa' Haqiqi ada tiga martabat (peringkat) :  
    • Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf To', Dal dan Ta' kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun Sakina 
    • Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf Tha', Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha' dan Fa' kerana makhrajnya di pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan martabat terendah) Nun Sakinah.
    • Martabat terendah: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan kaf kerana makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah. 
  • Perhatian: Ikhfa' Nun Sakinah juga berlaku pada huruf pembukaan surah seperti yang disenaraikan di bawah ini :
  • Surah Maryam ayat 1
  • Surah al-Syura ayat 2
  • Surah al-Naml ayat 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada ayat 1 dan 2). 
  • Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa' Haqiqi ada dua keadaan:
  • Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa' yang bersifat isti'la' seperti huruf Shad, Dhad, To', Zha', dan Qaf).
  • Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa' yang tidak bersifat isti'la' iaitu selain dari huruf-huruf yang telah disebutkan di atas).  
5. Izhar Halqi

Izhar halqi bila bertemu dengan huruf izhar maka cara melafazkan atau mengucapkannya harus “jelas” Jika nun mati atau tanwin bertemu huruf-huruf Halqi (tenggorokan) seperti: alif/hamzah(ء), ha’ (ح), kha’ (خ), ‘ain (ع), ghain (غ), dan ha’ (). harus dibaca samar-samar (antara Izhar dan Idgham). Izhar Halqi yang artinya dibaca jelas.
Contoh : نَارٌ حَامِيَةٌ


penghargaan:belajarmembacaalquran.com

1 comment:

  1. Minta izin guna gambar hukum nun mati dan tanwun yer.. T k

    ReplyDelete