Bismillah...
Walaupun amnya hari yang sedih buat diri.. alhamdulillah berjaya harungi pagi ke petang ke malam n jap lagi nak zzzz.. dah habis sehari... awal pagi terserempak ngan tea lady di pantri.. oh minuman teh tarikk pagi ni.... ouchh ada nasi lemak dan roti canai lagi... perut pun telah bersiul2an minta diisi..alhamdulillah seawal pagi telah dianugerahkan barakahNya..
Melaksanakan tugas hakiki dalam mode sangat malap ini sedar tak sedar dah petang..time 2 go home...singgah warung kaya ball... teringatkan pesanan anak keempatku..oops tak sempat kena jemput seseorang dulu di sekolah.. then baru singgah gerai kaya ball,,, si penjual ala2 sepet sket matanya ingatkan berdarah kacukan bangsa Cina..meleset... katanya dia seorang je daripada 4 beradik bermata begitu...oops.. awal perbualan diri di interview.. tau2 adik tu sendiri menceritakan kisahnya... katanya dia terima gaji RM1000 sebulan diberi kepada emak RM500 RM400 untuk diri baki untuk bayar motor etc..susah hidupnya sebab barang semakin mahal harganya,, pok pek lagi katanya mak bapanya dah bercerai dan maknya dah kawin lagi dan ayah tiri itu beranak ehh silap plak lelaki tak beranak tapi mempunyai seramai 10 orang anak... wooohooo...dah jadi ala2 kaunter aduan BIRO apa2jelah.. yang pasti ayat diri pada adik tu... Don't worry dik, rezeki adik berkah dengan wang sebanyak itu diberi pada ibu in syaa Allah rezeki adik akan bertambah.. (tapi mata ni sempat menjeling pada tubuhnya yang menutup aurat dengan sempurna.. berbaik sangka...) walhal diri pun x tau gaimana akan bertambahnya rezeki adik tu.. kuasa Allah swt.. sapalah diri nak mencongak2kan.. Ya Allah berilah petunjuk dan hidayahMu serta berkati rezeki yang diperolehinya.. semoga dia menjadi wanita solehah sentiasa mensyukuri nikmatMu tak kira kecil atau besar.. Aamiinn..
yang menarik minat diri adalah cara dia membayar balik jasa ibunya.. 50% babe.. 50% daripada gajinya diberi pada mak dia.. kita ada pernah buat gtu?.. kata adik tu.. biarlah dulu mak dia penat bersusah payah membesarkannya dan duit ni pun buat makan minum dia gak (since dok ngan mak dia)... Adik tu ada kata gaji akak ni kurang2 RM3k kan.. haah.. lebih krang alhamdulillah kata diri.. agak2nya kalau gaji dia sebanyak tu.. dia bagi kat mak dia RM1.5k ke?.. ehh lupa lak nak tanya adik tu tadi.. pas tu rasa kasihan pada dia.. orangnya nampak ikhlas dan jujur bekerja... dia citer masa kecil sampai 3 tahun dia dibesarkan oleh bapanya sebelum mak dia ambil balik jaga dia sampai sekarang?.. cayolah.. susah nak jumpa lelaki pandai jaga dari baby sampai kanak2 seusia tu.. selalunya mak yang jaga pada usia tu..still dia masih berhubung baik ngan bapa dia.. susah juga erk.. kehidupan anak2 yang mana ibu bapa dengan haluan masing2..bila part bapa tiri anak 10.. terus diri tergamam.. boleh tahan mamat nih...nasib baik bukan setakat tau buat anak tapi jaga anak juga.. bagusla tu.. cuma kata adik ni.. beradik tiri tu treat dia macam pembantu rumah... ni yang hangin ni.. nasib baek la ko kerja dik.. kalau tidak kuli batak meka la..
Lebih baik bantu budak macam ni yang mendapatkan rezeki yang halal.. mensyukuri nikmat diperoleh walau sedikit menggunakan rezeki pada yang sepatutnya daripada sesetengah adam hawa yang sampai tahap belia yang dah dapat kerja tetap tapi tak sampai setahun jagung dah menyombong diri dan lalai dengan kemewahan dunia...Muhasabah diri.. betapa bersyukurnya kepada Yang Maha Esa atas kurniaan kehidupan selama ** tahun ini pada diri.. walaupun ada pasang surut melimpah ruah kering kontang tapi alhamdulillah segalanya terpelihara olehNya.. ramai lagi hambaNya yang tidak seberuntungnya diri ini..
sekianlah sahaja.. sebab mata pun dah kuyu.. teh tarik pun dah habis seteko kat sebelah ni.. Ncek Mina Perut Rempayang nak minta diri dulu untuk beradu...andai ada kata2 yang ditulis berbaur kasar atau tersentuh pintu hati kecik tu.. diri minta maaf... tak berniat untuk menyakiti hati sesapa pun.. hingga jumpa lagi.. agak2nya apalah rencanaNya untuk diri esok eh?.. Andai masih ada esok buat diri... Assalam..
No comments:
Post a Comment