Assalam alaik..
Bismillah...
Ramai antara kita termasuk juga diri sama ada selalu atau kadangkala apapun pernah mengeluh atas doa2 yang diharapkan sesangat tidak dimakbulkan olehNya.. Solat fardhu di awal waktu berdoa dalam waktu dan di tempat mustajab solat malam berdoa sampai menangis tersedu sedan berpuasa di siangnya antara pelbagai usaha dilakukan....
Antara sedar dengan tidak rupa2nya diri ini selama ini berdoa sampai bertangisan meminta apa yang diri ini mahukan atau impikan.. Saya terlalai bahawasanya tangisan itu seharusnya untuk menagih kasih sayang Allah swt.. Itulah yang sepatutnya didahulukan.. sapa kita hambaNya tanpa kasih sayangNya.. justeru in syaa Allah akan diri tambah dalam doa harian..
" Ya Allah, kami dahagakan kasih sayangMu, kurniakan kami cintaMu agar memperoleh segala kelembutan hati menyintaiMu sepenuh hati.. Ya Allah walau berharta yang tidak semewah mana berusaha berkeringat melaksanakan tanggungjawab yang tidak seberapa pulangannya.. tidak mengapa Ya Allah..Kami hanya idamkan kasih sayang dan perhatian Yang Maha Esa Tuhan Yang Berhak Disembah tiada sekutu bagiNya...
Ya Rahman Aku memohon ..... jika ia ditakdirkan baik buat kami dalam keimanan kami kepadaMu namun andai permohonan kami ini memberi kesan yang tidak baik buat kami dalam agama Islam jauhkanlah ia dari kami..."
Bukankah Allah swt Maha Mengetahui kehendak setiap hambaNya dan lebih2 lagi mengetahui ketentuanNya dan apa yang lebih baik buat hambaNya.. Namun kenapa perlu berdoa?.. Kerana Maha Pencipta tahu bahawa makhluknya kategori manusia ini sangat lemah dan jahil maka dikehendakiNya kita berdoa padaNya agar kita belajar meminta apa yang sebetulnya yang kita mahukan sebagai hambaNya..
Ibarat pertanyaan seorang bapa kepada anak lelakinya berusia 5 tahun.. 'Bila dah besar cita2 mu nak jadi apa ? ' 'Angah nak jadi polis abah sebab nanti angah boleh lindungi abah dari orang jahat'. Sejuk hati si bapa mendengarnya walau pun mengetahui pada usia sekecil itu belum jelas tanggungjawab dan peranan seorang anggota polis itu... Begitu juga allah swt sangat suka mendengar rintihan dan doa2 kita walaupun Dia Maha Mengetahui apa yang akan terjadi pada kita di masa hadapan.. Subhanallah..
Dari Jabir bin Abdillah ra berkata Rasulullah saw bersabda maksudnya,
'Tidaklah seseorang berdoa kecuali Allah akan memberikan apa yang dia minta atau menghindarkannya dari bahaya yang senilai dengan apa yang diminta, selama tidak berdoa untuk dosa atau memutus silaturrahim'. (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)
No comments:
Post a Comment