Pages

Kelopak mawar

Tuesday, March 26, 2013

Hati emas vs Payung Emas

Assalam alaik..
  vs

Apakah persamaan dan perbezaannya?..

Persamaannya mestilah emas.. hehehe.. acah je.. mana sama...
Hati emas adalah keyakinan sepenuhnya dan sebenar2nya kepada Allah swt manakala payung emas... ehem ehem.. dikatakan kepatuhan dan ketaatan kita kepada suami especially bila si suami mengutarakan hajatnya nak berkahwin satu dua atau tiga lagi.. begitu ke?
Saya x mahu lah payung emas.. walaupun ada yang pernah offer payung emas pada saya.. lebih baik memiliki hati emas..
Pengalaman berpisah sedih  miskin dihina kesunyian kegagalan disisih difitnah membuka mata melihat sebenarnya siapakah teman sejati... Allah swt.. kita tak diminta balasan.. sekadar memenuhi rukun Islam dan beriman kepadanya.. menjauhi syiri' dan sifat munafik.. Maha Pemaaf Pengampun Pemurah dan Penyayang.. subhanallah.. cukuplah Allah dalam diriku..
Bila membaca buku Dimana Dia di Hatiku seolah2 membaca semula perbualan diri sendiri.. x sampai suku pun lagi..terpaksa berhenti untuk melaksanakan tanggungjawab yang sedia ada.. antara yang menarik adalah catatan petikan pesanan Imam Ghazali..'Carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu bangn membaca AlQuran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati..Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah swt memohon pintu hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati...'

Aduh bestnya.. kalaulah dari awal lagi telah saya tahu.. mulai hari ni juga akan saya masukkan dalam doa harian.. Hati ni rasanya dah mati. aka  samalah tidak mempunyai hati kan.. mudah2an Allah swt memperkenankan doa hambNya ini.. dapat pula hati gred A++.. lagi galok mendalami ilmuNya..insyaa Allah..


Friday, March 22, 2013

Hari Terindah.... Tiada duka yang abadi...

Alhamdulillah..

Pagi Jumaat ini terasa keberkahanNya..

Ya Allah, sebanyak debuan pasir seluas lautan dan sebanyak tintaMu kesyukuranku kepadaMu..

Engkau Maha Mengetahui... terima kasih atas ketentuanMu untukku pagi ini.. Puas.. terubat rindu.. segalanya..

Hari ini mungkin salah satu Hari Terindah dalam hidupku.. melihat dia yang telah lama tidak kelihatan.. berubah bentuk fizikal.. nakalnya masih sama.. Ingin ku simpan saat ini.. Segar kembali nafas cintaku...
Lantas ku perdengarkan lagu Tiada duka yang abadi nyanyian Opick...


Thursday, March 21, 2013

Berwudu' zahir dan batin



Ada seorang Muslim yang sangat wara' dan khusyu' solatnya..iaitu Isam Bin Yusuf.. Namun masih ada rasa ragu akan kualiti ibadahnya sehinggalah suatu hari beliau bertanyakan kepada seorang abid bernama Hatim Al-Assam..

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah cara tuan menunaikan solat?"
"Apabila azan berkumandang, aku berwudu' zahir dan batin."
Isam hairan tetapi bertanya lagi, " Bagaimana wudu' zahir dan batin tu?"
Hatim menjawab "Wudu' zahir adalah membasuh anggota wudu' dengan air.. manakala wudu' batin adalah membasuh anggota wudu' dengan 7 perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa2 yang dilakukan, tidak mengagungkan dunia, Tidak mengharapkan pujian, merendah diri dan bukannya berbangga dengan apa yang dimiliki, bercakap benar dan jujur serta meninggalkan sikap dengki...

Kemudian, aku berjalan ke masjid dan mengemaskan pakaian ku dan memperelokkan anggotaku mengadap kiblat.. Semasa berdiri sebelum mengangkat takbir pertama, aku berdiri dan membayangkan.. aku sedang mengadap Allah swt, syurga dikananku, neraka dikiriku, malaikat maut dibelakangku dan aku berdiri di atas titian 'siratul Mustaqim yang mana itu adalah solat terakhirku..

Aku mengangkat takbir dan berniat dengan baik dan memahami setiap bacaan dan doa dalam solatku , ruku' dan sujud dengan tawadu', bertasyahud dengan penuh pengharapan dan memberi salam dengan ikhlas.. begitulah solatku selama 30 tahun ini"...

Subhanallah.. 30 tahun bukannya 30 hari bukannya 30 minit... jom kita melihat semula bagaimana wudu' dan solat kita...

Selagi ajal belum dijemput... Bersyukurlah masih kita diberi peluang berubah dan memperbetulkan wudu' dan solat kita yang merupakan rukun islam kedua..

Mendidik dan membesarkan anak amanah Allah



Assalam alaik..

Kali ini saya nak kongsi  sedikit ilmu yang pernah saya peroleh dahulu..

Firman Allah s.w.t.: Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian..(At-Taghabun, 64:15)

Anak2 kita adalah amanah Allah swt yang perlu kita didik dan pelihara sebaik mungkin menjadi muslimin muslimah solihin dan solehah..

Adalah malang seseorang yang dikurniakan anak yang ramai tetapi tiada membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk melaksanakan tanggungjawab membesarkan anak atau zuriat kita ini di jalan Allah swt...

1. Banyakkan berdoa.... semasa janin dalam kandungan lagi kita disarankan berdoa dengan membaca sayidul istighfar, Ayat 8&9 surah Al-Imran (memohon rahmat), Ayat 38 Surah Al-Imran(pohon zuriat yang baik) dan Ayat 40-41 Surah Ibrahim (anak yang mengerjakan solat).. alamak.. habis tu cam no plak kalau dah lahir ke dunio ..ada juga... Ayat 128 Surah Al-Baqarah(patuh perintah Allah swt) dan Ayat 74 Surah Al-Furqan( yang menyejukkan hati)

2. Berikan galakan berbentuk motivasi bukannya menakut2kan ..kita suka paparkan citer2 seram hantu di kaca tv di rumah.. tak elok tu.. boleh syirik jadinya jika mereka takutkan benda2 tu selain Allah swt..

3. Bersikap tegas pada tempatnya.. bukan garang tau. ambil tahu aktiviti anak2 dan masa yang diluangkan untuk aktiviti berkenaan..

4. Menegur anak2 secara berhemah dan sederhana.. ikut cara nabi Muhammad saw.... ini tidak asal balik kerja tengok rumah bersepah sikit mulalah berleter tak puas dicubit dan pukul pula budak tu.. entah2 yang buat tunggang langgang tu kucing kesayangan kita sebenarnya.. hah.. sapa yang salah?..

5. Memberi peluang dan pendedahan kepada anak2 dalam aktiviti jasmani, rohani dan minda secara seimbang... kebanyakan kita lebih pentingkan kepandaian imtelektual(minda) dan kurang prihatin kepada keperluan jasmani si anak ini.. bab rohani jauh sekali...

6. Menyentuh memeluk mencium anak2.. mereka sama seperti kita yang dewasa juga.. kalau sehari tak sentuh pasangan pun dah rasa lain macam kan inikan pula anak2 kita.. jangan pula bila mereka belajar menyentuh orang lain berlawan jantina baru kita nak melenting plak.. anak2 perlukan kita.. walau pun anak2 tersebut dah belasan tahun mereka tetap anak kita yang sentiasa rindukan belaian kita.. pandai2la mendapatkan masa dan tempat yang sesuai.. perlu jaga perasaan malu anak kita juga..

7. Seronok tak kalau anak kata kitalah idola mereka?.. mesti teruja kan.. ha.. sebab tu kita perlu sentiasa menjaga penampilan dan perwatakan kita sebagai ibu kawan kakak atau abang dan sebagainya.. sebab kitalah orag yang paling hampir dan sentiasa selalu bersama anak2.. sebab itu kalau kita biasa amalkan sunah nabi Muhammad saw dirumah seperti memberi salam, solat berjemaah, makan berjemaah etc in syaa Allah beruntunglah kita sebagai ibu bapa yang memperoleh anak yang soleh solehah..wallahualam..


Monday, March 18, 2013

Lia maafkan abang dunia akhirat... sudah2lah

 
Assalam...

Terpaksa.. perlu rasanya diri ini meluahkan... hari ni saya terima lagi sepucuk surat darinya.. astaghfirullah... begitu hina persepsi dia pada keikhlasan diri... terus ku berdoa sebelum syaitan menguasai diri dan emosi
 "Ya Allah, jika ini adalah balasan di dunia atas kesalahan2ku kepada dia, ku memohon ampun kepadaMu Ya Allah, Sedang Engkau Maha Mengetahui tujuanku menilih jalan begini dan bukannya keinginan yang dia mahukan.. Sebaliknya, jika kata2 caci maki zalim yang kuterima ini merupakan dosanya kepadaMu, ampunkanlah dosa2nya, Engkau lembutkanlah hatinya, berilah taufiq dan hidayahMu dan jika dia bertaubat, terimalah taubatnya.. Sesungguhnya diri ini hambaMu yang hina sedangkan Engkau Maha Pengampun, telah ku maafkan dirinya atas kata2 kesat caci makinya kepadaku.. tiada dendam..."

Allah (SWT) berfirman bermaksud:

“Janganlah kamu berbuat zalim dan jangan pula dizalimi.” (Surah al-Baqarah, ayat 270).

Zalim itu ialah meletakkan sesuatu iaitu melakukan sesuatu perbuatan/tindakan/kata2/etc yang bukan pada tempatnya yang melampaui batasan agama Islam sendiri. Janganlah kita mengikuti jejak Al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi seorang panglima yang meluaskan empayar Islam Umayyah  yang zalim..

Selain itu, hasad dengki merupakan suatu sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya. Kesannya ia mencetuskan perasaan dendam, permusuhan dengan cacian dan cercaan dan saling berprasangka buruk terhadap orang lain.
Firman Allah s.w.t.:
أَأَمۡ يَحۡسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۖ فَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ ءَالَ إِبۡرَٲهِيمَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَءَاتَيۡنَـٰهُم مُّلۡكًا عَظِيمً۬ا (٥٤)

Ertinya:
"Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?"
(An-Nisa':54)
Mencaci maki atau menyakiti sesama muslim adalah dilarang dalam Islam kerana ia adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.
Firman Allah s.w.t:
وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱڪۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا (٥٨)

Ertinya:
"Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab:58)
Islam mengajar dan mendidik kita mementingkan perpaduan, keharmonian dan menghormati antara satu sama lain agar terbentuk budaya masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan keimanan yang sebenar kepadaNya.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ
Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghina(mencaci) suatu kaum, yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11)
Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk(sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abi Hurairah)

Ertinya:
"Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci,bukan suka menghina,bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."
(HR.Muslim)

Perbuatan mencaci mencerca dan menghina sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."
(HR.Abu Daud)

Ertinya:
"Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya(menyakiti)"
(HR.Muslim)
Abang, takdir Allah s.w.t merupakan suatu ketetapan-Nya ke atas setiap makhluk dengan kadar atas tertentu. Kita berusaha dan berdoa, namun, takdir yang ditentukan Allah s.w.t sama ada baik, buruk, bahagia atau derita adalah suatu ketentuan Allah s.w.t yang mutlak ke atas setiap makhluk-Nya dan tiada siapa yang dapat menghalang atau mengubahnya. Ada hikmah di sebalik semua yang telah ditentukan. Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya, yakinlah.

Firman Allah s.w.t:
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا (٣٠)

Ertinya:
"Kamu tiada mengkehendaki(sesuatu)melainkan jika Allah s.w.t mengkehendaki-Nya.Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Al-Ihsan:30)

Nauzubillah, janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang menolak, membenci atau mengingkari sesuatu ketentuan takdir Allah s.w.t, kerana samalah seperti golongan orang yang kufur dan rosak iman serta munafik yang akan mendapat kemurkaan dan azab Allah s.w.t.

Marilah kita selami sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
"Sesungguhnya besar pahala itu mengikut besar cubaan. Dan sesungguhnya apabila Allah s.w.t mengasihi suatu kaum, dicubanya kaum itu(dengan suatu cubaan). Siapa yang redha terhadapnya, ia akan mendapat redha Allah s.w.t dan siapa yang marah,ia akan mendapat murka Allah s.w.t."
(HR.At-Tirmizi)
So apa kata kita mencontohi Rasulullah SAW yang sentiasa memelihara lisannya walaupun terhadap musuh yang menentang dakwahnya. Islam melarang umatnya memaki hamun, mencarut dan mencaci sesama Muslim kerana ia adalah kegiatan dan perbuatan syaitan.
Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa “Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor kerana Allah tidak suka kepada kata-kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain.”
Rasulullah s.a.w pernah memberikan peringatan bahawa: seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.

Rasulullah s.a.w sebagai contoh yang terbaik. Setiap cercaan, baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain  walaupun berhadapan dengan musuhnya.Sebaliknya, baginda Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: “Tidak pernah Rasulullah s.a.w melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.”
Allah berfirman yang bermaksud:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Al-Fatihah: 6-7)


Rasullullah s.a.w bertanya“Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu." Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat membawa bersama amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu.”
Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis padahal belum dapat menutup kesalahannya, maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka. Nauzubillah
Justeru, apa kata kita memilih jalan ketaqwaan.. SIAPA DIA ORANG BERTAQWA ITU????
"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan":134
JOM

Rumah Idamanku



Seronok kan tengok rumah tradisional ni.. lain negeri lain bentuknya... idaman hati nak buat ghumah dan diam d umah begini bila bersara kelak.. ada can ke?.. ada tak lagi tukang2 ghumah tradisional ni?.. jenuh plak nak kena carik.. nak seribu daya.. x bersungguh.. banyak alasan plak..

Bayangkan depan ghumah tu mengadap laut.. wow bestnya di kiri atau kanan ada plak anak sungai.. hehehe.. tapi kalau tsunami menimpa.. ghasa2nya boleh tak ghumah ni diselamatkan seperti di bawah..




ish3x.. kalau sebesar itu dekat 50 orang ngangkutnya.. ghumah kat atas tu.. kurang2 400 orang selayak tentera yang terlibat.. nak bawo ke mana plak la ghumah nihkan...

Hp ku retak



Assalam ... aduss.. dugaan.. baru je menyebut untuk menukar hp.. tak berhasrat pun... plan pun tidak.. alih2 dah merajuk plak hpku ni.. bedebap jatuh @ terjatuh atas simen porch... waaaa screen ibarat retak seratus.. tak sampai seribu..

Tu la kan pengajaran buatku.. dah tau hp tu sebahagian keperluan zaman sekarang ni.. x payah gatal mulut menyebut.. nak tukar beli je terus.. hehehe.. ada can dapat baru nih...

Hp apa yang  best ek?.. ikut diri yang biasa murah asal fungsi ok je.. tapi tukang sponsor fikir ke lain plak....teman ikutkan je la...

Friday, March 15, 2013

Zikrullah

Assalam alaik

Panas juga pagi Jumaat ni.. apa pun alhamdulillah masih diberi nafas kesegaran dan kesihatan diri..
Sesuai dengan topik yang tertera, saya nak kongsikan satu pengalaman .. pada waktu pagi memandu ke pejabat yang mengambil masa lebih kurang 45 minit -1 jam.. saya mengamalkan zikrullah berikut (di samping surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul):





sebanyak 100x setiap satunya..  dan sewaktu mengerjakan umrah baru2 ni saya membaca zikrullah berkenaan dan alangkah terkejut juga bila saya kira satu kalimah dibaca pada satu tawaf jumlahnya menyamai bacaan untuk tujuh pusingan lengkap tawaf.. subhanallah bersyukur atas ketentuanNya membuka hati saya membaca zikrullah ni dalam perjalanan harian saya..
Yang baik kita ikut kan.. jomla.. kalau dalam sedar kita berada dalam kesesakan jalanraya atau memandu seorang diri amat sesuai mengamalkannya.. kerana cara begini mendidik kita mengingati Allah sentiasa dan satu usaha mendekatkan diri kepadaNya..

Ada juga zikir2 lain yang saya pernah baca..tapi bila diamati sebenarnya jika amalkan menyebut asmaulhusna sekurang2nya sekali sehari sepenuh  jiwa dan seikhlas hati (macam kalau kita nyanyi lagu jiwang kegemaran kita tu la kan sampai pak mertua lalu depan mata pun  tak perasan).. subhanallah kita akan rasa Allah hampir sangat dengan kita..






  

Tuesday, March 12, 2013

Jika benar menyayanginya lepaskanla..Dia pasti milik anda jika ditakdirkanNya

Assalam alaik..

Kali ini saya nak kongsi satu luahan.. tapi dalam bahasa Inggeris la plak eh.. kalau dalam bahasa Melayu kita dikatanya jiwang..

Saje suka2..  Lost love.. if he read this he'll know..


There's this place in me where your finger prints still rest... you're kisses still linger and your whispers softly echo... it's the place where a part of you will remain forever in me.
O' no, you've hurt me more than I deserve, how could you be so cruel? I love you more than you deserve, why am I such a fool?

Though, he is the one who makes me the happiest woman in the world, but he is already taken.Thus, the saddest love is to love someone, to know that I still want you, but the circumstances don't let me have you .Deep in my heart, I'm suffering, knowing that I've lost you. On the outside, I'm smiling, pretending that I've forgotten you.
We used to say goodbye to the person we love without wanting to. Though that doesn’t mean that we've stopped loving them or we've stopped to care. Sometimes goodbye is a painful way to say I love you.
How can I promise you forever when tomorrow seems so far away from me? How can I dry my tears when I have a bleeding heart inside of me? how can I ever forget you when your name etched so deep within me?
Always, I close my eyes just to try and see your smile one more time, but it's been so long all I do is cry. Can't we find some love to take this pain away? Cause it gets stronger each day.
How can I forget you when you always on my mind? How can I not want you when its you all I want inside? How can I let you go when I can't see us apart? How can I not love you when you control my heart?
A million words wouldn't bring you back. I know because I've tried. Neither would a million tears. I know because I've cried. My love for you clings in my heart forever, no matter how much pain it caused, no matter how many tears have fallen, my love for you will never leave my soul.
Days continue to pass, stars continue to shine. Why do I still have tears in my eyes today when he was NEVER mine? "
Sooner or later, slowly I will forget the times you walked by, forget the times you made me cry, forget the times you held me in your arms, forget those kissess, those sweet memories of us spending time together, IF I CAN. BUT I can no longer pretend, I have to remember now, YOU'RE JUST A FRIEND.
One day if you ever get lonely and you are looking for me, stop for a while, look at the sky, smell the air, close your eyes, and you'll find the truth...
As  Allah always be there for you..