Pages

Kelopak mawar

Saturday, August 31, 2013

Ngantuknya... Esok jela kita sambung k...

Siapa Apa?

syuKur paDa yaNg adA



Assalam alaik..

Bismillah..

Kepenatan giler sebenarnya... hari ini meluangkan masa khusus unruk anak2.. syukur padaNya dipermudahkan jua walau ada satu dua dugaan yang menimpa.. Anak2 sangat gembira hari ini.. Moga ia menjadi kenangan dalam hidup mereka hingga mereka dewasa kelak.. Banyak pengajaran hidup yang mereka dan saya pelajari... Kini mereka tdo selenanya.. alhamdulillah

Kedukaan Dunia Kesenangan Akhirat..

Tak la... terbalik perkataan ditajuk tu..

Tambah Koleksi Zikirku

‘Abdullah bin ‘Umar ra berkata, “Kami pernah menghitung bacaan dzikir Rasulullah dalam satu majlis. Baginda saw mengucapkan,
“Robbighfirlii wa tub ‘alayya innaka anta tawwaabul ghofuur”
(Wahai Rabbku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan ampunan),
sebanyak 100 kali”(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Perkataan “Astaghfirullah” pula berasal dari perkataan ghafara yang bererti “menutup”. Mengucapkan istighfar, kita memohon agar Allah swt menutupi kesalahan dan aib kita, seperti mana Allah swt memperkenalkan diriNya sebagai Al-Ghaffâr.

Nasihat bijaksana Imam Ali Bin Abi Thalib berbunyi,
”Pakailah wewangian Istighfar, supaya Allah menutup aib kalian dan tidak mempermalukan kalian dengan bau busuk akibat dosa-dosa kalian.”

Imam Ghazali menjelaskan Allah swt yang menyandang sifat Al Ghaffar ibarat
“Dia yang menampakkan keindahan dan menutupi keburukan. Dosa-dosa adalah bagian dari sejumlah keburukan yang ditutupiNya dengan jalan tidak menampakkannya di dunia dan menghapuskan siksanya di akhirat.”

Dengan permohonan tulus ikhlas kepada Allah swt melalui Istighfar, Allah swt. akan menyambut hamba-hambaNya yang berdosa serta serba kekurangan, hatta menggunung dosa hambaNya atau banyak sekali khilaf hambaNya.

Allah swt berfirman maksudnya, “Sampaikanlah kepada hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri: 'Janganlah berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa. Dialah al-Ghaffar ar-Rahim'”. (Surah Az-Zumar ayat 53)

Anas ra berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda bahwasanya Allah berfirman: “Wahai putra (putri) Adam, selama engkau berdoa kepadaKu dan mengharapkan ampunanKu, Aku ampuni untukmu apa yang engkau telah lakukan di masa lampau dan Aku tidak perduli (betapapun banyaknya dosamu). Wahai putra (putri) Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai ketinggian langit, kemudian engkau memohon ampunanKu, Aku ampuni untukmu. Seandainya engkau datang menemuiku membawa dosa-dosa seluas hamparan bumi ini dan engkau datang menjumpaiku dengan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu, niscaya Aku datang kepadamu dengan pengampunan seluas hamparan bumi itu. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, demikian juga Ahmad dengan sanad Hasan).

Subhanallah.. rasa amat kerdil malu diri ini tertunduk tatkala membaca hadis di atas..Dia Maha Pencipta Maha Berkuasa menyatakan kesudian mengampunkan hambaNya.. masihkan kita ego dan sombong untuk sentiasa mengingati dan bertaubat padaNya... Ampunkan hambaMu ini...

Demi Masa.. Surah Al Asr


Surah Al-‘Asr adalah surah ke-103 dari Al Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan hanya merangkumi 3 ayat. Surah ini disebutkan oleh para mufassirin bahawa ia merupakan urutan surah yang ke-13 diterima di Mekah. Perkataan Al 'Asr bererti waktu atau masa yang dipetik daripada perkataan pada ayat pertama surah ini. عصر itu ialah waktu atau masa yang digunakan oleh manusia. Masa kehidupannya sejak dilahirkan sehingga waktu wafatnya أَجَل (berakhirnya tempoh kehidupan) disebut sebagai الْعَصْر.

Selalu kita membaca surah Al-‘Asr khususnya di dalam solat fardhu, ada yang membacanya di hujung majlis dan ia merupakan salah satu surah yang dipelajari semasa zaman persekolahan dahulu walaupun ada di antara kita telah lupa atau ada yang tidak mengetahui tafsirannya dan sejarah disebalik penurunan wahyu Allah swt kepada RasulNya. Sekiranya diperhatikan, terjemahan surah ini Allah swt memberi penekanan dan mengingatkan manusia terhadap beberapa perkara iaitu,

1.  Allah swt bersumpah dengan masa
2. Allah swt menyatakan sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan rugi. Sebagai perbandingan, Allah swt meletakkan keadaan negatif (rugi) kepada manusia dengan bersumpahkan masa.
3. Allah swt memberi pengecualian rugi kepada golongan yang berikut :
i. Orang yang beriman
ii. Orang yang beramal soleh
iii. Orang yang berpesan-pesan
iv. Orang yang sabar

Erti sebenar الْعَصْر itu ialah, "memerah". Sebab itu, عصير ('a-syir) itu ialah jus. "أين عصير؟" "Mana jus?" Sebab ia kan diperah. Termasuklah santan. Namanya عصير.
Ibn Faris, Mu’jam Maqayis al-Lughah berpendapat asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.”. Berdasarkan firman Allah swt yang menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba’ ayat 14 yang bermaksud, “Dan Kami menurunkan dari awan (mu’siraat), air hujan yang mencurah-curah’ perkataan awan (mu’siraat) dikaitkan dengan perkataan al-’asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun agar dapat hambaNya nikmati dalam kehidupan seharian. Atas konsep al-asr atau masa umur yang Allah swt kurniakan pada hambaNya bagaimanakah kita boleh atau perlu ‘memerah‘nya sekuat tenaga agar menghasilkan iman yang teguh dan amal soleh yang diterimaNya. Maka hambaNya yang tidak atau malas memerah umurnya sentiasa berada dalam kerugian.

Kenapa Allah swt menggunakan الْعَصْر ? Ini adalah gambaran kepada sesuatu yang memberi efek yang sangat besar. Seperti waktu 'Asar itu disebut عصر, sebab ketika itu, keringat manusia telah diperahkan dengan aktiviti dan usaha dari pagi. Maka makna-makna asal dan berkaitan kita ‘mesrakan’. Adakah setelah kesiangan usaha pemerahan keringat itu, sehingga sampai waktu itu ('Asar), dia sudah malas. Di sini Allah swt bersumpah,

وَالْعَصْرِ  "Demi masa"
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْر  "Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian"
Firman Allah swt menggunakan perkataan ‘manusia’ bukannya perkataan mukmin muslim atau hambaNya, ia terpakai kepada semua manusia tanpa mengira bangsa warna kulit agama dan lelainnya. Dan  Allah swt menggunakan فِي yang bermaksud "di dalam".  Jadi Allah swt Yang Maha Mengetahui menegaskan ancaman masa yang membawa kerugian kepada manusia. Keras peringatan Allah swt pada kita sedangkan Dia Maha Pengasih dan Maha Penyantun.
Namun diikuti pula kalamullah pengecualiannya. So, ciri orang yang tidak rugi sebenarnya bukan hanya merujuk kepada tauhid terhadap Allah swt semata-mata malah mencakupi apa sahaja perlakuan manusia. Allah swt telah menyususn secara tertib golongan yang terkecuali daripada kerugian:

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا "Kecuali mereka yang beriman"
Dengan hanya beriman, manusia baru terselamat satu per empat daripada kerugian. Itupun kalau keimanan itu sempurna 100%.

Iman atau kepercayaan. Seseorang itu dikatakan beriman apabila dia mempercayai apa yang disampaikan kepadanya. Dalam konteks perilaku manusia, adalah lebih mudah bagi seseorang melakukan sesuatu yang dipercayainya dan melihat bukti dengan matanya sendiri. Kini berbagai produk MLM dan sebagainya berada di pasaran untuk menguruskan badan siap dengan testimoni lagi. Namun kita tidak percaya keberkesanannya jika dijual oleh seseorang yang berbadan gempal melainkan ada testimoni berkaitan penjual yang telah kurus setelah mengambil produk berkenaan betul tak? Jika kita tetap membeli juga produknya semata-mata ingin menjaga hati si penjual yang berbadan gempal ini, bukankah ianya satu kerugian? Sudah terang lagi bersuluh..

وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ "Dan beramal soleh"

‘Amal atau melakukan sesuatu sama ada atas keinginan sendiri atau dorongan sesuatu. Adalah satu kerugian sekiranya kita mempercayai sesuatu yang diyakini mendatangkan kebaikan tetapi kita sendiri tidak melaksanakannya. Ibarat mengetahui berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib dan merupakan rukun islam maka berdosa jika ditinggalkan tanpa bersebab. Namun masih ada dikalangan kita mengambil ringan akannya tidak berpuasa serta berani memberikan seribu alasan dan makan di khalayak ramai. Maka rugilah orang yang tidak ber’amal di jalan kebaikan yang telah dinyatakan Allah swt.
Jika 100% beriman dan ber’amal soleh baru mencapai tahap 50-50 sama ada terselamat daripada kerugian atau tidak... masaalahnya kita ni ber’amal tu pun banyak perlu diperbaiki untuk mencapai kemantapan..tak pe asalkan terus dan sentiasa berusaha buang jauh2 putus asa tu.

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ "Dan saling berwasiat dengan kebenaran"

Berpesan-pesan bermaksud menyampaikan perkara yang dipercayai dan diamalkan seperti dua perkara dinyatakan di atas. Ia merupakan proses komunikasi dan penyebaran maklumat terhadap kebaikan ini yang perlu dilakukan agar tidak tergolong orang yang rugi. Sebagai contoh, mendirikan solat Subuh terutamanya pada cuti hujung minggu ramai yang ‘terbabas’. Hanya orang yang beriman dan ber’amal’ kebiasaanyya akan memastikan solat ini terpelihara maka jika mereka berusaha lebih sedikit dengan mengejutkan mereka yang masih tidur untuk menunaikan solat atau mengajak solat berjemaah tidak kira di rumah atau di surau dan masjid, maka tidaklah kita menjadi orang yang rugi dan in syaa Allah beroleh pahala kerana membangunkan orang beribadat, menggalakkan berjemaah, meramaikan masjid dan menyeru orang lain berbuat kebaikan.

Waktu itu adalah modal utama yang boleh digunakan untuk memperbanyakkan aktiviti sebagai bekalan akhirat, untuk beribadah sikhlas dan sejujurnya kerana Allah swt, untuk melaksanakan hak keperibadian dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya.

Beruntungnya kita yang masih dianugerahkan oleh Allah swt, Al-'Asr, kesempatan untuk mengguna pakai saki baki umur yang ada dan mampu untuk saling ingat-mengingatkan, saling belajar dan mengajarkan, saling memberi dan menerima dan sebagainya.
Maksudnya, rugilah kalau kita tidak menggunakan masa yang ada mengingatkan orang lain dan juga tidak memperbaiki diri bila diberi peringatan atau ambil iktibar daripada musibah yang menimpa di sekeliling kita. Kita bukannya manusia yang sempurna.

Tapi kalau orang salah menggunakannya, maka dia akan menyesal. Penyesalan itu akan berlaku ketika masuk waktu عصر. Maksudnya, bila umur orang itu sudah senja, saat itulah baru dia menyesal. Sudah bodoh tidak mengenal Al-Quran, hendak baca pun sudah rabun, solat tidak tahu, mahu ruku' pun pinggang sudah sakit, lutut sudah menggeletar. Di saat itulah timbul sesalan seperti pepatah mengatakan, 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'.
Wallahualam.

 وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ "Dan saling berwasiat dengan kesabaran"

Saling menyampaikan dan menerima kebenaran itu perlu kesabaran. Banyak entri sebelum ini tentang kesabaran. Walaupun kita beriman, ber’amal soleh, tahu kebenaran dan berusaha saling berpesan, tanpa sabar, kita masih rapuh dan akan mudah terpedaya dengan daya tarikan keduniaan yang penuh penipuan serta hasutan syaitan yang sentiasa cuba menyesatkan. FirmanNya,
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
"Tiadalah kenikmatan dunia itu melainkan kenikmatan yang penuh dengan penipuan"
[Surah Al-Hadid ayat 20]

Manusia tidak mudah menerima perubahan. Perubahan menuntut pengorbanan masa, wang, tenaga, semangat diri dan usaha yang gigih. Bersabarlah atas usaha yang dilaksanakan demi memperoleh hasilnya. Umpamanya seorang ibu jenuh mengingatkan sehingga berleter kepada anaknya agar mengerjakan solat fardhu. Tapi atas sifat kesabaran itu rasa jenuh muak pasrah tetap ditolak ke tepi kerana takut dengan amanah Allah swt. Usaha ber’amal dan berpesan diteruskan diri menjadi tauladan sehinggalah anak itu sendiri sedar tanggungjawabnya melaksanakan solat tanpa perlu diingatkan atau disuruh. Namun jika kita melayan rasa jenuh hingga berleter yang menaikkan kemarahan dan berang bukan sahaja pada diri kita tetapi anak2 kita menyebabkan timbulnya rasa kecewa anak pula menjauhkan diri dan sukar dikawal.. gagal mendidik anak.. Bukankah ini satu kerugian?

Don’t worry istiqamah berdoa padaNya dan tawakkal setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha kita mendidik diri sendiri dan mengajak manusia ke arah kebaikan. Allah swt Maha Mengetahui.

Satu kerugian bagi seseorang yang melakukan sesuatu perkara sehingga selesai tanpa mempercayai apa yang dikerjakan itu memberi manfaat kepadanya. Sia-sia sahaja mempercayai kepentingan sesuatu tanpa melaksanakan dan beramal dengannya. Tidak disukai Allah swt jika sesuatu perkara baik, diyakini, diamalkan tetapi tidak disampaikan kepada orang lain. Namun jika mempercayai, mengamalkan dan menyampaikan perkara baik kepada orang lain tanpa kesabaran kita masih dalam golongan yang rugi..Nauzubillah...

Berbalik kepada pembacaan surah Al-Asr pada penghujung majlis ilmu, ia memberi isyarat kepada anda bahawa adalah penting kepada anda untuk mempercayai apa yang disampaikan, bertekad untuk mengamalkannya serta menyampaikan ilmu itu kepada sesiapa yang tidak berada di majlis yang sama. Kemudian anda perlu bersabar dengan respon yang bakal diterima kerana tidak semua orang suka menerima apa yang disampaikan oleh anda.

Ini antara laluan untuk mengelak dari ancaman kerugian yang telah dimaklumkan oleh Allah swt melalui Al-Quran. Maka kita sebagai orang yang berakal dan orang yang waras, mari kita berusaha untuk memenuhi empat kriteria untuk selamat daripada kerugian yang Allah sebutkan. Begitu pentingnya ayat ini (Surah Al-'Asr) sampaikan Imam Asy-Syafie mengatakan,
"Andaikata Allah tidak menurunkan wahyu melainkan dengan Al-'Asr ini, maka ianya cukup bagi manusia."


Ubat Derita Penghapus dosa.

'Amal bukan amal k


Semua Mampu...

Nak Jadi Bijaksanalah..

Tuntut ..... Cari Ilmu