Assalam.. Alhamdulillah masih bernafas di pagi Jumaat.. sesegar orkid ni..
Dari jendela bilik pejabat saya pemandangan pagi ini sangat indah.. aman tenang jiwa seketika semoga berpanjangan hingga ke petang.. sebab lepas tu nak balik rumah la.. hehehe...
Usai mendirikan solat Dhuha sebentar tadi. jemari yang gatal ni membelek buku solat sunat satu halaman ke satu halaman.. terpaut pada laman translasi doa di Hijir Ismail, subhanallah.. amat sayu.. tanpa disedari mengalir air mata.. seketika bagai berda di Hijir Ismail itu sendiri.. menambahkan rasa tidak sabar lagi untuk ke Mekah.. in Syaa Allah semoga menjemput saya sebagai tetamu istimewanya..
Tatkala terlihat halaman solat sunat empat rakaat sebelum solat Jumaat di Masjid.. Aduh.. beruntungnya lelaki.. dikatakan fadilatnya tidak akan dimatikan seorang yang mengerjakan solat tersebut melainkan dilihatkan kepadaNya syurga(lebih kurang gitula)..tidak dinyatakan siapa yang meriwayatkan hadis tersebut.. saya pun meng 'google' tak pula terjumpa nas atau dalil berkaitan.. wallahualam..
Tapi orang perempuan masih berpeluang bersolat Jumaat.. di Masjidil Haram..in syaa Allah...
No comments:
Post a Comment