Pages

Kelopak mawar

Friday, February 1, 2013

Sedekah untuk arwah: Terimakah?

Assalam... Hmm macam2 pagi nih.. dek perancangan asal yang dibuat semalam tertunda.. tangan ni menggatal menaip bait2 perkataan di google.. Nah! hambek ko... Pahala bacaan Ayat AlQuran untuk orang yang telah meninggal dunia tidak sampai kepadanya.. adalah tertera pendapat dr Imam  Syafie plak.. Terangkat juga.. apasal cam ni.. saya pun ilmu ugama cetek je.. so mulalah episod pencarian maklumat lanjut... Apapun saya ambil petikan ni daripada salah sebuah blog
"Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda “Jika seorang manusia mati maka terputuslah amalnya, melainkan tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat.”

macam pernah dengar hadis Rasulullah s.a.w. ni kan... secara kasar kalau saya meninggal dunia hanya doa anaknya yang soleh adalah amalan yang masaih ada untuknya..melainkan semasa hayatnya banyak sedekah amal jariah dan ilmu bermanfaat yang diberi masih digunakan/diamalkan secara berterusan oleh orang yang masih hidup... hmm dah cukup ke bekalan amalan sedekah jariah dan ilmu bermafaat yang telah saya lakukan? agak2 berapa persen? .. 100% issh jauh sekali.. adoiii takutnya.. 1% pun x sampai kot..

Jom kita fikirkan pula dari sudut lain.

Sering kita menghadiahkan surah al-Fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia atau di pembukaan sesuatu majlis. Saya sendiri pun menyuruh anak2 membaca surah ini sebelum tidur untuk diri dan menyedekahkannya kepada arwah abang(anak sulung saya) dan datuk mereka .  Di pejabat kami suatu acara rasmi dipaparkan bacaan surah AlFatihah ini dan siap dengan pentafsirannya sekali...
 
Saya difahamkan para ulama bersetuju bahawa nama lain bagi surah al-Fatihah ialah Al-Doa (Doa). Ya la.. dalam solat pun dibaca sedang solat juga adalah doa kan.. Maka, tidak salah rasanya kalau dengan iklhas kita menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggal dunia. Dan Surah Al-Fatihah juga adalah ayat AlQuran firman Allah SWT plak tuh..
 
Mari kita renungkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…” Berdasarkan ayat ini telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka.
 
Juga beberapa riwayat daripada hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” Hadis Sahih Riwayat Muslim. Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Daud dan lainnya.
 
Ini adalah petikan daripada satu blog yang saya suka dengan pandangannya ;
 
Kita kena faham bahawa ayat Al-Qur’an merupakan sesuatu yang benar dan menunjukkan sesuatu yang PASTI. Memang merupakan sesuatu yang PASTI bahawa kita akan mendapat kebaikan atas usaha atau amalan kita sendiri. Adapun hadiah pahala daripada orang lain adalah bentuk yang TIDAK PASTI, dan kita tidak tahu sama ada orang lain akan memberikan pahalanya kepada kita ataupun tidak. Kita tidak tahu, mungkin sahaja setelah kematian kita nanti, kita menyangka ada orang ingin hadiahkan pahalanya kepada kita padahal realitinya belum tentu dan ianya merupakan BENTUK YANG TIDAK PASTI. Jadi, adakah kita perlu mengharapkan sesuatu yang BELUM PASTI? Maka, oleh sebab itu kita perlu memperbanyakkan amal sendiri dan tidak bergantung atau terlalu mengharapkan belas kasihan orang lain. Ini kerana apabila kita sendiri beramal, maka kita memperoleh sesuatu balasan amal yang PASTI. Nah, oleh sebab itu Al-Qur’an hanya menyebutkan sesuatu yang PASTI. Supaya kita memperbanyakkan amal sendiri ketika hidup di dunia ini. Sungguhpun begitu, jika memang ada orang lain menghadiahkan pahalanya kepada kita, maka kita akan memperoleh hadiah pahala itu. Wallahu a’lam bis shawab”.
 
 Ada yang menyatakan tentang bacaan al-Qur;an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan sahabat Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya. ( yang ni menarik perhatian saya.. ada pula rakan saya menyatakan.. apa salahnya bukan sahaja di dalam berdoa, sesudah bacaan AlQuran dan dalam suatu majlis kenduri esp kenduri arwah.. kita tujukan  juga pahala untuk muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. semoga lebih banyak lagi kita yang masih hidup yang amalannya masih diambilkira memperoleh pahala berganda.. anda tak nak ke? saya nak... wallahualam...
 

No comments:

Post a Comment