baru sahaja hadiri taklimat atau ceramah pun ada .. sebenarnya persiapan pergi umrah.. agen umrah yang saya pilih kali ini menganjurkan taklimat berkenaan setiap 2 minggu sekali.. tu la. terfikir pula.. kenapa sebelum ini tak pernah pula sedar/'aware' hal sebegini.. kiranya ginila.. kalau pun anda belum mampu nak pergi umrah ke atau apa jua citer disebalik belum berkesempatan melaksanakan ibadah umrah ni.. sekurang2nya hadirlah taklimat sebegini.. tak kena bayar pun.. disediakan makanan lagi ada..
mudah2an dengan menghadiri sesi berkenaan anda mendapat jemputan sebagai tetamu istimewaNya.. itu yang lebih penting.. ramai orang berduit tetapi belum pernah terbuka hatinya ..kenapa? Allah belum jemput dan ditakuti kita pula dah lalai dengan kesibukan urusan dunia.. saya ni bercakap pasal diri juga.. dah sipi sangat ke era 4 siri ni baru je mendapat jemputanNya..
ada lagi satu teladan atau maklumat ke apa jualah bentuknya yang saya dapat hari ini..(citer pasal ibadah umrah dah banyak blog cover kan).. iaitu ada orang beralasan tak mahu g umrah sebab tengah kumpul duit untuk pergi haji dulu.. tadi ustaz tu cakap Nabi kita Nabi Muhammad saw hanya (dapat) meunaikan ibadah haji pada tahun 10 Hijrah. dari tahun 5 Hijrah sampai ke tahun Hijrah beliau menunaikan umrah dahulu( yela kan mungkin ada yang berpendapat halangan Nabi tu tak bo samakan dengan kita.. tapi kena ingat juga ini semua ketentuanNya.. maka kalau Allah swt kata kun fayakun.. mesti ada sebab kenapa hanya setelah beberapa tahun baru Allah swt mengizinkan atau memberi laluan kepada Rasul untuk melaksanakan ibadah haji..Wallahualam.. tak berani nak ulas panjang.. sapa la saya..
Bagi saya ada banyak faedahnya kalau ada duit sedikit pegi umrah dahulu.. memanglah niat nak tunaikan haji tu tetap ada.. tapi di Malaysia ni queuenya panjang).. kita boleh belajar atau timba pengalaman beribadah di Mekah dan Madinah dahulu.. dan masa kat sana boleh digunakan untuk memohon doa agar Allah swt menjemput kita sebagai tetamu istimewaNya pada musim haji yang terdekat.. in syaa allah.. bukan itu sahaja dan saya pasti ramai dikalangan anda beralasan nak memastikan ibu atau bapa yang belum sampai ke Mekah pergi dahulu...ishhh kalau kita pergi dulu pun lagi bagus sebenarnya sebab kita boleh berdoa bukan sahaja untuk mak bapa tetapi adik beradik rakan taulan sedara mara dan kaum muslimin dan muslimat agar diberi jemputan dariNya ke Mekah.. kan best tu.. pergila waktu kita masih muda .. betul sangat kata2 sesetengah blogger tentang ibadah umrah dan haji yang menyarankan kita laksanakan semasa fizikal kita masih kuat...wallahualam...
No comments:
Post a Comment