Hari Selasa yang indah..Alhamdulillah .. Orkid merupakan bunga liar yang amat cantik di mata saya.. tak susah menjaganya.. letakkan di satu sudut yang sesuai dengan habitatnya..let nature do its own job... baja paling berkesan dan dinanti bukanlah baja organik ke benda.. tahu tak.. orkid hanya perlukan kasih sayang tuannya.. cukup memandang dan berbual dengannya memberikan semangat kepada pokoknya menghasilkan bunga yang cantik segar dan lama pula mekarnya..
kita manusia bagaimana? memerlukan kasih sayang yang ikhlas sesama manusia dan inginkan hidup berpasangan.. Ingatlah kasih sayang Allah kepada kita telah wujud semasa kita masih di dalam rahim lagi.. Subhanallah.. kasihMu sangat suci dan murni.. Sejak dilahirkan sebagai bayi membesar menjadi kanak2 bersekolah dan dewasa pula bekerja mendapat gaji/ pendapatan lumayan.. apakah perkara pertama yang kita lakukan.. ada yang mendirikan rumah tangga ada yang bertukar gajet ada juga yang membeli kereta mewah
itulah lumrah manusia... tetapi siapa dikalangan kita tatkala mendapat kejayaan dalam hidup mendapat kebebasan menguruskan diri sendiri bersyukur kepadaNya mendahulukan pemberian kepadaNya berbanding memenuhi keinginan nafsu dunia?.. adakah sekadar ungkapan zikir alhamdulillah mencukupi?.. sekadar peringatan untuk diri sendiri..
No comments:
Post a Comment