Pages

Kelopak mawar

Tuesday, January 22, 2013

3 perkara sebelum...

Sambil merehatkan badan dan minda ni terfikir pula sesuatu yang nak dikongsi bersama atau sekurang2nya dipaparkan di sini supaya suatu hari nanti bila saya tengok blog ni teringat balik ilmu yang bakal disampaikan ni..

Alkisah tersebutla kisah.. ala2 citer P Ramlea plak.. gini.. semalam ada rakan sepejabat solat berjemaah di sebuah masjid.. meka ni memang group mengimarahkan solat fardu berjemaah.. ada la pula ceramah ugama sedang disampaikan oleh seorang sheikh.. maaf yea namanya x pula saya ingat..

apapun.. amalkan 3 perkara ini dalam kehidupan anda.. insyaa Allah anda akan merasai....

1) menggembirakan ibu anda.. kalau dah tak de ibu atau hidup berjauhan dengan ibu atau ibu menganut ugama lain atau suami tak setuju cam mana?.. buatla apa sahaja yang halal asalkan ia suatu perkara yang boleh menggembirakan ibu anda...

2) membuka dan membaca walaupun sepotong ayat AlQuran sebelum dan sesudah solat fardhu serta sebelum tidur..ni adalah tambahan kepada amalan lain la kan..

3) memperbanyakkan sedekah amal jariah mengikut prinsip tangan kiri pun tak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanan..

itulah dia 3 perkara..

lepas ceramah tu pula pak sheikh menyuruh 2 orang tahfiz kanak2 yang dibawa bersamanya membacakan juzuk 30.. katanya sungguh mengharukan tatkala mendengar bacaan daripada tahfiz comel ni.. kalaula anak2 kita juga macam tu kan..

Hari ni dunia saya penuh dengan ilmu2 daripada tazkirah rakan2.. macam2 isu yang dibangkitkan, dibincangkan dan dikongsi bersama.. kita bincang lain sesi pulak la yea... alhamdulillah semoga ilmu berkenaan diberkati dan kekal serta memberi kekuatan untuk kami mengamalkannya secara istiqamah..

No comments:

Post a Comment