Pages

Kelopak mawar

Thursday, February 7, 2013

Redha KetentuanMu

Assalam..
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah.. indah pagi ni stelah 2 hari mendung...In Syaa Allah esok pagi saya sekeluarga bakal menuju ke Madinah dan disusuli dengan Mekah untuk ibadah umrah...

Rezeki dan dugaan Allah tak terjangka diminda kita.. semalam rezeki saya alhamdulillah..masyukk je fulus..pagi ni diuji pula kesabaran dan diduga.. alhamdulillah saya menghadapinya dengan tenang.. sebab.. semasa sampai ke destinasi menurunkan anak bongsu, beliau tanpa banyak karenah macam selalu.. turun kereta cakap terima kasih mama..kalau budak kecil boleh menghadapinya dengan tenang takkan kita pula yang berakal dewasa dan matang ni nak melatah pula bila diduga kan...

Saya nak petik suatu topik daripada sebuah buku yang sedang dibaca tetapi tertinggal pula kat rumah... Secara kasanya gini, kita ni sedar tak dalam sehari pernah tak kita tidak memberi alasan akan sesuatu..Contoh, bila rakan sepejabat minta tolong .. adakah kita sedia membantunya dengan  ikhlas atau kita cakap.. maaf ye aku kena ambil anak kejap lagi.. aku sibukla kejap lagi meeting.. aku tak tau la nak buat tu.. atau bila azan berkumandang adakah kita bergegas ke masjid atau surau untuk mengerjakan solat berjemaah sedangkan kelaparan ni sebab belum makan lagi..masa tu pula kita di depan gerai Kak limah kegemaran kita.. cam mana? atau adik2 yang ada kerja sekolah.. balik dari sekolah terus siapkan tugasan atau tukar baju mandi dan segalanya atau terus mengadap komputer main game... haaaa.. masa tu mesti ada alasan2 yang kita cakap pada diri untuk menyedapkan diri kan.. tak pe lepas ni ada masa.. in syaa Allah siap ni.. sikit je lagi.. alah aku tak tolong pun tak pe ramai lagi kawan dia tu... tapikan.. cuba alasan tu kita beri kepada Allah swt.. rasanya diterima tak?... Bila amalan kita ditimbang kelak....yang betul adalah betul yang salam adalah salah halal adalah halal haram adalah haram..tiada yang tengah2 akak tak pasti.. rasa2nya..agak2.. no such thing... so cam mana? Jom kita kurangkan pemikiran mencari atau memberi alasan... kalau sehari 10 kali alasan kita buat.. kita kurangkan sikit2..

Hmm apa pun Ya Rabb, HambaMu ini redha dengan KetentuanMu....

Tuesday, February 5, 2013

Ocean Deep

Assalam..

Bismillahirranmanirrahim...


Hehehe bak penye topik tu plak... orang tengah sibuk dengan Strategy Blue Ocean .. ape ke hal plak Ocean Deep nih..  yang penting kalau sebut laut.. even ditanya pada kanak2 pun dikaitkan dengan biru...

Hmm tetiba diri ni menyanyikan lagu tu.. nyanyian Cliff Richard.. Hmm meleleh plak airmata... dah lama tak dengar lagu evergreen ni.. Memandangkan di luar ni suram juga.. sesuai sangat la mendengar lagu ni.. ini je.. buat ngisi masa lapang waktu merehatkan minda.. hehehe...

Monday, February 4, 2013


Assalam... hari ni saya sedih sangat.. saya kehilangan seorang sahabat pendidik buah hati dan segala-galanya pada dia untuk selama-lamanya.. biarlah dia pergi.. bukankah kita ni hidup di dunia fana ni hanya sementara.. airmata.. habiskan la titisan terakhirmu..

Hidup perlu diteruskan.. Alhamdulillah Allah permudahkan kehidupan saya hari ni.. Segar ibaratnya mekar si mawar jingga ini...Biarpun sedih meratapi dan robek melukakan hati.. biarlah Allah Maha Mengetahui.. KetentuanNya adalah yang terbaik untuk kita..
Kesunyian di hati perlu diisi dengan mengingatiNya.. banyakkan berxikir dang menghadirkan diri dalam zikir tersebut jika anda benar2 ingin merasa ketenanag..

Saturday, February 2, 2013

baru sahaja hadiri taklimat atau ceramah pun ada .. sebenarnya persiapan pergi umrah.. agen umrah yang saya pilih kali ini menganjurkan taklimat berkenaan setiap 2 minggu sekali.. tu la. terfikir pula.. kenapa sebelum ini tak pernah pula sedar/'aware' hal sebegini.. kiranya ginila.. kalau pun anda belum mampu nak pergi umrah ke atau apa jua citer disebalik belum berkesempatan melaksanakan ibadah umrah ni.. sekurang2nya hadirlah taklimat sebegini.. tak kena bayar pun.. disediakan makanan lagi ada..  mudah2an dengan menghadiri sesi berkenaan anda mendapat jemputan sebagai tetamu istimewaNya.. itu yang lebih penting.. ramai orang berduit tetapi belum pernah terbuka hatinya ..kenapa? Allah belum jemput dan ditakuti kita pula dah lalai dengan kesibukan urusan dunia.. saya ni bercakap pasal diri juga.. dah sipi sangat ke era 4 siri ni baru je mendapat jemputanNya..

ada lagi satu teladan atau maklumat ke apa jualah bentuknya yang saya dapat hari ini..(citer pasal ibadah umrah dah banyak blog cover kan).. iaitu ada orang beralasan tak mahu g umrah sebab tengah kumpul duit untuk pergi haji dulu.. tadi ustaz tu cakap Nabi kita Nabi Muhammad saw hanya (dapat) meunaikan ibadah haji pada tahun 10 Hijrah. dari tahun 5 Hijrah sampai ke tahun Hijrah beliau menunaikan umrah dahulu( yela kan mungkin ada yang berpendapat halangan Nabi tu tak bo samakan dengan kita.. tapi kena ingat juga ini semua ketentuanNya.. maka kalau Allah swt kata kun fayakun..  mesti ada sebab kenapa hanya setelah beberapa tahun baru Allah swt mengizinkan atau memberi laluan kepada Rasul untuk melaksanakan ibadah haji..Wallahualam.. tak berani nak ulas panjang.. sapa la saya..
Bagi saya ada banyak faedahnya kalau ada duit sedikit pegi umrah dahulu.. memanglah niat nak tunaikan haji tu tetap ada.. tapi di Malaysia ni queuenya panjang).. kita boleh belajar atau timba pengalaman beribadah di Mekah dan Madinah dahulu.. dan masa kat sana boleh digunakan untuk memohon doa agar Allah swt menjemput kita sebagai tetamu istimewaNya pada musim haji yang terdekat.. in syaa allah.. bukan itu sahaja dan saya pasti ramai dikalangan anda beralasan nak memastikan ibu atau bapa yang belum sampai ke Mekah pergi dahulu...ishhh kalau kita pergi dulu pun lagi bagus sebenarnya sebab kita boleh berdoa bukan sahaja untuk mak bapa tetapi adik beradik rakan taulan sedara mara dan kaum muslimin dan muslimat agar diberi jemputan dariNya ke Mekah.. kan best tu.. pergila waktu kita masih muda .. betul sangat kata2 sesetengah blogger tentang ibadah umrah dan haji yang menyarankan kita laksanakan semasa fizikal kita masih kuat...wallahualam...

Friday, February 1, 2013

Sedekah untuk arwah: Terimakah?

Assalam... Hmm macam2 pagi nih.. dek perancangan asal yang dibuat semalam tertunda.. tangan ni menggatal menaip bait2 perkataan di google.. Nah! hambek ko... Pahala bacaan Ayat AlQuran untuk orang yang telah meninggal dunia tidak sampai kepadanya.. adalah tertera pendapat dr Imam  Syafie plak.. Terangkat juga.. apasal cam ni.. saya pun ilmu ugama cetek je.. so mulalah episod pencarian maklumat lanjut... Apapun saya ambil petikan ni daripada salah sebuah blog
"Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda “Jika seorang manusia mati maka terputuslah amalnya, melainkan tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat.”

macam pernah dengar hadis Rasulullah s.a.w. ni kan... secara kasar kalau saya meninggal dunia hanya doa anaknya yang soleh adalah amalan yang masaih ada untuknya..melainkan semasa hayatnya banyak sedekah amal jariah dan ilmu bermanfaat yang diberi masih digunakan/diamalkan secara berterusan oleh orang yang masih hidup... hmm dah cukup ke bekalan amalan sedekah jariah dan ilmu bermafaat yang telah saya lakukan? agak2 berapa persen? .. 100% issh jauh sekali.. adoiii takutnya.. 1% pun x sampai kot..

Jom kita fikirkan pula dari sudut lain.

Sering kita menghadiahkan surah al-Fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia atau di pembukaan sesuatu majlis. Saya sendiri pun menyuruh anak2 membaca surah ini sebelum tidur untuk diri dan menyedekahkannya kepada arwah abang(anak sulung saya) dan datuk mereka .  Di pejabat kami suatu acara rasmi dipaparkan bacaan surah AlFatihah ini dan siap dengan pentafsirannya sekali...
 
Saya difahamkan para ulama bersetuju bahawa nama lain bagi surah al-Fatihah ialah Al-Doa (Doa). Ya la.. dalam solat pun dibaca sedang solat juga adalah doa kan.. Maka, tidak salah rasanya kalau dengan iklhas kita menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggal dunia. Dan Surah Al-Fatihah juga adalah ayat AlQuran firman Allah SWT plak tuh..
 
Mari kita renungkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…” Berdasarkan ayat ini telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka.
 
Juga beberapa riwayat daripada hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” Hadis Sahih Riwayat Muslim. Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Daud dan lainnya.
 
Ini adalah petikan daripada satu blog yang saya suka dengan pandangannya ;
 
Kita kena faham bahawa ayat Al-Qur’an merupakan sesuatu yang benar dan menunjukkan sesuatu yang PASTI. Memang merupakan sesuatu yang PASTI bahawa kita akan mendapat kebaikan atas usaha atau amalan kita sendiri. Adapun hadiah pahala daripada orang lain adalah bentuk yang TIDAK PASTI, dan kita tidak tahu sama ada orang lain akan memberikan pahalanya kepada kita ataupun tidak. Kita tidak tahu, mungkin sahaja setelah kematian kita nanti, kita menyangka ada orang ingin hadiahkan pahalanya kepada kita padahal realitinya belum tentu dan ianya merupakan BENTUK YANG TIDAK PASTI. Jadi, adakah kita perlu mengharapkan sesuatu yang BELUM PASTI? Maka, oleh sebab itu kita perlu memperbanyakkan amal sendiri dan tidak bergantung atau terlalu mengharapkan belas kasihan orang lain. Ini kerana apabila kita sendiri beramal, maka kita memperoleh sesuatu balasan amal yang PASTI. Nah, oleh sebab itu Al-Qur’an hanya menyebutkan sesuatu yang PASTI. Supaya kita memperbanyakkan amal sendiri ketika hidup di dunia ini. Sungguhpun begitu, jika memang ada orang lain menghadiahkan pahalanya kepada kita, maka kita akan memperoleh hadiah pahala itu. Wallahu a’lam bis shawab”.
 
 Ada yang menyatakan tentang bacaan al-Qur;an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan sahabat Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya. ( yang ni menarik perhatian saya.. ada pula rakan saya menyatakan.. apa salahnya bukan sahaja di dalam berdoa, sesudah bacaan AlQuran dan dalam suatu majlis kenduri esp kenduri arwah.. kita tujukan  juga pahala untuk muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. semoga lebih banyak lagi kita yang masih hidup yang amalannya masih diambilkira memperoleh pahala berganda.. anda tak nak ke? saya nak... wallahualam...
 
Assalam.. Alhamdulillah masih bernafas di pagi Jumaat.. sesegar orkid ni..

Dari jendela bilik pejabat saya pemandangan pagi ini sangat indah.. aman tenang jiwa seketika semoga berpanjangan hingga ke petang.. sebab lepas tu nak balik rumah la.. hehehe...

Usai mendirikan solat Dhuha sebentar tadi. jemari yang gatal ni membelek buku solat sunat satu halaman ke satu halaman.. terpaut pada laman translasi doa di Hijir Ismail, subhanallah.. amat sayu.. tanpa disedari mengalir air mata.. seketika bagai berda di Hijir Ismail itu sendiri.. menambahkan rasa tidak sabar lagi untuk ke Mekah.. in Syaa Allah semoga menjemput saya sebagai tetamu istimewanya..

Tatkala terlihat halaman solat sunat empat rakaat sebelum solat Jumaat di Masjid.. Aduh.. beruntungnya lelaki.. dikatakan fadilatnya tidak akan dimatikan seorang yang mengerjakan solat tersebut melainkan dilihatkan kepadaNya syurga(lebih kurang gitula)..tidak dinyatakan siapa yang meriwayatkan  hadis tersebut.. saya pun meng 'google' tak pula terjumpa nas atau dalil berkaitan.. wallahualam..

Tapi orang perempuan masih berpeluang bersolat Jumaat.. di Masjidil Haram..in syaa Allah...