Pages

Kelopak mawar

Wednesday, July 15, 2015

Omakk Ko...

Bismillah

Assalam ..

Tika dan saat ini saya pasti ramai sedang menyibukkan diri dengan melipat gandakan amalan di saat2 penghujung Ramadhan buat bekalan akhirat dan juga tidak dilupakan persiapan menyambut ketibaan Syawal dengan penuh makna dan kemeriahan..Alhamdulillah..

Baru2 ni diviralkan diFB alkisah Mamat dengan mimpinya memandu kereta membawa ahli keluarga pulang ke kampung..walhal masih bujang..

Ini kisah ceritera dr saya...

"Angah, bangun cepat matahari dah mengintai tu ha.. omak nak bakar lomang kojap lagi ni.. tolongla poi tobang buloh kek belakang rumah ni"..

sepi..

"Angah, copek la... haishh bebudak jaman sekarang ni membuto yo"

"Copekla Ngah, esok rayo besan den keluarga kaklong ko tu nak datang kato eh.. malu kito kalau tak do lomang"

Sepi..

"Omak!.. Bangun dah kol tigo ni.. omak dah solat zohor lom?"

Membulat sebesar biji bola golf angah melihat mato omak ...

"Omak, Bangun, Omak ngigau tadi... Kito ni dok taman perumahan mano ado pokok buluh mak.. haa.belakang rumah kito tembok rumah jiran belakang camno nak hidup pokok buluh tu...
Lagi satu.. bilo plak along dah kawin.. dio baru tingkatan ompek.. se baru tingkatan satu.. ishh merepek la omak ni.. ntah anak sapo lah yang bortuah tu.."

Astaghfirullah.. begitulah satu antara beribu satu macam cerita orang Islam nak menyambut Raya AidilFitri..

Cerita ini hanyalah rekaan sahaja ye.. dah habis baca silalah sambung semula kerja anda.. haha..
Sebelum itu saya mohon ampun dan maaf zahir batin atas segala kekurangan diri..Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat pembaca..
Image result for ucapan raya 2015 buat kekasih
wassalam

No comments:

Post a Comment