Pages

Kelopak mawar

Wednesday, July 15, 2015

Jasmani Rohani.. Mari Makan...


Bismillah
Assalam,
Image result for piramid makanan malaysia
 
Berapa kali kita makan sebenarnya setiap hari?.. Saya?.. kalau makanan utama rasanya sekali sehari kekadang 2 kali sehari sekali sekala tiga kali sehari ada juga kalanya sampai 6 kali sehari..ishishish mana idaknya badan sihat membulat.. lepas tu ngomen badan berat bertambah makan itu ini cuba gitu gini semua tak betul..
Saya terjumpa penceritaan di salah sebuah blog dan saya menyukai apa yang diceritakan (semoga Allah swt merahmati blogger berkenaan atas perkongsian ilmunya yang saya kongsi sedikit sebanyak di sini)
Katanya; Seorang hamba Allah perlu makan untuk dua bahagian..macam mana pula tu yea.. ambil sepinggan kemudian bahagi dua ke? rupanya kita perlu makan untuk memenuhi keperluan jasmani dan 'makan' untuk memenuhi tuntutan rohani..
katanya; Ibnu Al Qayyum berkata makanan untuk jasmani adalah sesuatu yang keluar atau terhasil dari bumi kurniaan Allah swt Yang Maha Kaya manakala makanan untuk rohani adalah tuntutan yang turun dari langit seperti amal ibadah dan ilmu berkaitan tauhid khususnya kepada Yang Maha Esa. Dari mana kita boleh peroleh ilmu berkenaan?..Ikutilah AlQuran, sunnah Rasulullah saw, hadis dan menghadirkan diri dalam taman-taman syurgaNya..

Maka setiap hari diri kita memerlukan keseimbangan pengambilan makanan. Namun kebanyakan kita khususnya diri saya sendiri selama ini suka menyogok diri dengan diet seimbang harian yang merujuk kepada piramid makanan .. rupanya ia hanyalah merupakan santapan jasmani sahaja.. Patutla diri ini saya rasakan selalu sakit2 nak minta MC cuma bila ditelek kelihatan sehat walafiat pula.. tahulah saya bahawa selama ini saya sihat jasmani namun sebenarnya saya kekurangan zat 'makanan' rohani..
wallahualam..
 
Ikhlas kerana Allah swt dan menuruti syariat Rasulullah saw..saling mutually exclusive.. (dari ungkapan syahadah)
 
Taat mengukuhkan keimanan
Maksiat melemahkannya
Menyampaikan kebaikan untuk kebajikan
 
 

No comments:

Post a Comment