Pages

Kelopak mawar

Monday, August 10, 2015

Destinasi Dab Laluan


Image result for beautiful sunrise

Bismillah..

"Allah tells us to invite others to HIS path. But we usually invite people to a destination and not a path. This is one o the most powerful truths of Islam that people don't know. On the path to Allah some people will travel fast and some people will travel slow. Some people will travel so slow that you can't even notice their progress. But Allah is not interested in how much you have accomplished. All He wants from you is progress. He doesn't want perfection from you (that's what people want from you). Therefore make sure you are constantly making progress in His path." 
                                                                                                       Nouman Ali ..

Agak2nya begini maksud beliau..

Allah swt meyuruh kita hambaNya mengajak yang lain kepada jalan atau laluanNya yang benar..Sebaliknya kita sering mengajak yang lain untuk sampai ke suatu destinasi dan bukan melalui laluanNya..Destinasi dan LaluanNya adalah besar perbezaannya.. yang sebenarnya dalam Islam adalah menempuh perjalanan kehidupan dunia melalui laluanNya..ada yang melaluinya sangat pantas dan ada juga yang perlahan.. Ada yang terlalu perlahan seolah2 kelihatan ia tidak berganjak setapak pun di dalam laluanNya.. 

Allah swt tidak bernimat akan sebesar mana atau sejauh mana pencapaia kita menuju suatu destinasi.. (mungkin syurga).. Dia mahu melihat kemajuan (kualiti) bukan juga kesempurnaan ( yang sempurna itu hanya orang je nak tengok)..

Maka pastikan diri kita memajukan diri (lebih baik daripada semalam) secara konsisten dan berterusan dalam laluanNya..

in syaa Allah..

Dia ada


Image result for beautiful sunrise

Bismillah..

Kenapa kita diuji.. terkadang datangnya bertubi2.. lelah ... baru nak bangkitkan diri tersungkur lagi...

Astaghfirullah..

Ya.. syukur sebab segalanya kerana Allah swt sayang .. Disetiap ujian dan dugaan mengandungi hikmahNya..

Sabarlah hati dan qalbu..bersyukurlah kerana Allah swt tak pernah melupakan..bahkan Yang Maha Pemrah lebih mengetahui apa yang terbaik ..

Menangislah sepuasnya di dnnia.. (banyak ketawa menggelapkan jiwa).. Tatkala reda sedu dan kering airmata itu bangkitlah semula dan teruskan berusaha keranaNya memohon doa kepadaNya..mara ke hadapan tinggalkan yang lepas di belakang abaikan kesesatan di kiri dan kanan..

Teruskan perjalanan di jalan yang halal mentaati laluan perintahNya.. tinggalkan yang haram buangkan kesesatan

Yakinlah diri.. Allah swt lebih mengenali dari kita mengenali diri sendiri.. tiada insan lain juga lebih mengenali kita dariNya yang Maha Kuasa..Sentiasa kita ingatkan diri, di mana jua kita berada, dalam keadaan apa jua.. Allah swt sentiasa ada memerhati menyayangi mengampunkan  merahmati..

Subhanallah..

Celoteh Bermanfaat

Bismillah..

Assalam...

Image result for beautiful sunrise

Antara tutur bicara mutiara Khalifah Umar Al Khattab......

Jika insan dapat 4 perkara, ia dapati kebaikan dunia akhirat..

Apakah ia?,,,

Hati yang sentiasa bersyukur..

Lidah yang selalu berzikir...

Tubuh yang tabah menghadapi setiap dugaan dan ujian....

Pasangan yang setia, memelihara dirinya dan hartanya...

Wallahualam...

Wednesday, July 15, 2015

Jasmani Rohani.. Mari Makan...


Bismillah
Assalam,
Image result for piramid makanan malaysia
 
Berapa kali kita makan sebenarnya setiap hari?.. Saya?.. kalau makanan utama rasanya sekali sehari kekadang 2 kali sehari sekali sekala tiga kali sehari ada juga kalanya sampai 6 kali sehari..ishishish mana idaknya badan sihat membulat.. lepas tu ngomen badan berat bertambah makan itu ini cuba gitu gini semua tak betul..
Saya terjumpa penceritaan di salah sebuah blog dan saya menyukai apa yang diceritakan (semoga Allah swt merahmati blogger berkenaan atas perkongsian ilmunya yang saya kongsi sedikit sebanyak di sini)
Katanya; Seorang hamba Allah perlu makan untuk dua bahagian..macam mana pula tu yea.. ambil sepinggan kemudian bahagi dua ke? rupanya kita perlu makan untuk memenuhi keperluan jasmani dan 'makan' untuk memenuhi tuntutan rohani..
katanya; Ibnu Al Qayyum berkata makanan untuk jasmani adalah sesuatu yang keluar atau terhasil dari bumi kurniaan Allah swt Yang Maha Kaya manakala makanan untuk rohani adalah tuntutan yang turun dari langit seperti amal ibadah dan ilmu berkaitan tauhid khususnya kepada Yang Maha Esa. Dari mana kita boleh peroleh ilmu berkenaan?..Ikutilah AlQuran, sunnah Rasulullah saw, hadis dan menghadirkan diri dalam taman-taman syurgaNya..

Maka setiap hari diri kita memerlukan keseimbangan pengambilan makanan. Namun kebanyakan kita khususnya diri saya sendiri selama ini suka menyogok diri dengan diet seimbang harian yang merujuk kepada piramid makanan .. rupanya ia hanyalah merupakan santapan jasmani sahaja.. Patutla diri ini saya rasakan selalu sakit2 nak minta MC cuma bila ditelek kelihatan sehat walafiat pula.. tahulah saya bahawa selama ini saya sihat jasmani namun sebenarnya saya kekurangan zat 'makanan' rohani..
wallahualam..
 
Ikhlas kerana Allah swt dan menuruti syariat Rasulullah saw..saling mutually exclusive.. (dari ungkapan syahadah)
 
Taat mengukuhkan keimanan
Maksiat melemahkannya
Menyampaikan kebaikan untuk kebajikan
 
 

Omakk Ko...

Bismillah

Assalam ..

Tika dan saat ini saya pasti ramai sedang menyibukkan diri dengan melipat gandakan amalan di saat2 penghujung Ramadhan buat bekalan akhirat dan juga tidak dilupakan persiapan menyambut ketibaan Syawal dengan penuh makna dan kemeriahan..Alhamdulillah..

Baru2 ni diviralkan diFB alkisah Mamat dengan mimpinya memandu kereta membawa ahli keluarga pulang ke kampung..walhal masih bujang..

Ini kisah ceritera dr saya...

"Angah, bangun cepat matahari dah mengintai tu ha.. omak nak bakar lomang kojap lagi ni.. tolongla poi tobang buloh kek belakang rumah ni"..

sepi..

"Angah, copek la... haishh bebudak jaman sekarang ni membuto yo"

"Copekla Ngah, esok rayo besan den keluarga kaklong ko tu nak datang kato eh.. malu kito kalau tak do lomang"

Sepi..

"Omak!.. Bangun dah kol tigo ni.. omak dah solat zohor lom?"

Membulat sebesar biji bola golf angah melihat mato omak ...

"Omak, Bangun, Omak ngigau tadi... Kito ni dok taman perumahan mano ado pokok buluh mak.. haa.belakang rumah kito tembok rumah jiran belakang camno nak hidup pokok buluh tu...
Lagi satu.. bilo plak along dah kawin.. dio baru tingkatan ompek.. se baru tingkatan satu.. ishh merepek la omak ni.. ntah anak sapo lah yang bortuah tu.."

Astaghfirullah.. begitulah satu antara beribu satu macam cerita orang Islam nak menyambut Raya AidilFitri..

Cerita ini hanyalah rekaan sahaja ye.. dah habis baca silalah sambung semula kerja anda.. haha..
Sebelum itu saya mohon ampun dan maaf zahir batin atas segala kekurangan diri..Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat pembaca..
Image result for ucapan raya 2015 buat kekasih
wassalam

Thursday, June 18, 2015

Dia Datang..

Assalam..

Alhamdulillah dapat dipertemukan lagi dengan bulan mulia dan penuh barakah Marhaban Ya Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin tidak kira di mana anda berada..

Wednesday, April 22, 2015

Sabar.. Hujan Petir Di Luar

Bismillah

Sungguh banyak diperkatakan tentang sabar...lima abjad je sebut pun lembut je tak berbelit lidah tapi sungguh diri ini masih rapuh merangkul kesabaran.. wahai hati wahai diri..teguhkan cengkaman sabar dalam mengharungi arus dugaan saat2 mendatang..

Image result for sabar dalam islam

Ya Allah, ku mohon padaMu kesabaran bersamaMu, ku mohon ketaqwaan, kecukupan, kesederhanaan dan kekosongan jiwa dari segala. Aku hanya ingin bersibuk denganMu,
Ungkaplah tirai hijab antara diriku denganMu..Aamiin 

Kesabaran adalah kunci kemenangan, ketinggian darjat dan kemuliaan..

Andai tidak memiliki Islam, engkau tidak memiliki iman
Tanpa iman tiadalah keyakinan
Tanpa keyakinan, bagaimana engkau boleh mendapat makrifat dan pengetahuan tentangNya?

Image result for sabar dalam islam

Jadilah hambaNya yang berserah diri pada Allah swt dalam segala keadaan dan tetap dilaluanNya. Bersabarlah dan jauhkan sikap menzalimi sama ada kepada diri sendiri atau hambaNya yang lain..Kezaliman menggelapkan hati menghitamkan wajah dan memadamkan amal...

petikan SAQAJ

Tu Diaa.. Selalulah Istighfar

Assalam.

Bismillah..

Sekadar perkongsian agar kita sentiasa beringat akan bahaya seandainya kita terjatuh atau tersungkur ke lubang atau kawah syirik..

Syirik boleh terjadi secara zahir dan batin. Nama pun zahir, syirik zahir adalah penyembahan berhala atau manusia selainNya (sesuatu yang dilihat dengan mata kasar) manakala syirik batin boleh terjadi apabila seseorang berpasrah diri atau mengharap atau kebergantungan pada makhluk dan menyandang mereka dalam mudarat dan manfaat...

wallahualam


petikan SAQAJ

Tuesday, April 21, 2015

Kebersihan Hati

Bismillah

Ibarat mengadap raja.. segala persiapan diri mesti tip top, segalanya bersih tanpa sebesar zarah kekotoran..

Andai hatiku bersih, aku akan dapat berjumpa dan melihatNya dengan izinNya melalui pengamatan perbuatanNya terhadap hambaNya..

Andai penampilanku dihadapan raja sangat hodoh tidak terjaga.. usahkan kawasan lobi istana, pagar kawasan istana pun takkan dapat ku sentuh..

Kekotoran hati lebih teruk lagi .. bagaimana hendak mengadap Ilahi Yang Maha Pemurah seandainya diriku selekeh mengalahkan pengemis..Fikirkanlah

Tubuh dan ilmu diamalkan..

Bismillah..

Dunia akan menghilang
Usia hampiri penyudahnya menandakan
Akhirat sangat hampir kepadamu
Kiamat datang menjemput

Maka uruskanlah hatimu nescaya anggota badanmu akan ikut terurus

Ilmu adalah kulit dan amal adalah isi
Perlu berilmu dan beramal dengannya agar kecantikan dan kebersihan anggota badan serta kesucian hati sentiasa terpelihara

"Ya Allah, lapangkanlah dunia bagi kami dan zuhudkanlah kami di dalamnya. Jangan cintakan kami pada dunia kerna nescaya kami binasa mencarinya. Ya Allah kasihanilah kami dalam qada dan qadarMu"... Aaamiin Ya Rabb.. antara doa Nabi Ibrahim as

Muttaqin dan Abdal..

Assalam ..

Bismillah..

Petikan daripada karya SAQAJ untuk renungan bersama...

Wahai insan yang riya', munafik dan musyrik, engkau memelihara kebiasaan tetapi mereka menembusinya..

Tatkala engkau lena berdengkur pula, mereka bangun bertahajjud..

Masa makanmu enam kali sehari x boleh miss, mereka rajin berpuasa..

Mereka diselubungi ketakutan dan khuatir, engkau merasa nikmat dan selamat dengan persekitaranmu

Engkau masih cuai alpa dan leka dengan tawaran dunia tetapi mereka berusaha berterusan ...

demi Allah swt..mereka menginginkanNya..

Mereka pasrah segala urusan hanya padaNya sementara engkau pula terang2an menjauhiNya

Mereka merasa kaya dengan qada'Nya dan memelihara lidah dari mengeluh.. engkau pula mudah melatah mencaci mengata

Bagi mereka kesabaran menghadapi kepahitan duniawi adalah suatu kemanisan..

semuanya kerana mencapai Allah swt dengan ketaatan, kebaikan akhlak dalam silaturrahim, menikmati kedekatan denganNya, mendengar kalamNya..

Engkau ada?..
Siapa mereka? .. itulah golongan muttaqin (orang yang bertaqwa) dan abdal (yang telah mencapai ketaatan pada Allah swt)

Carilah petunjukNya melalui ciptaanNya..Dia Maha Mulia dan selainNya rendah hina, Dia Maha Kaya dan selainNya fakir.. oleh itu kembalikanlah segala keperluanmu padaNya kerana Dia lebih utama dari selainNya,,

Kemanisan Si Fakir

Assalam..

Bismillah..

Kita hambaNya yang fakir ..dijadikan dari setitis air mani menjadi sebuku darah hingga kelahiran ke dunia tanpa seurat benang.. haha.. membesar sebagai insan ..LALAI.. angkuh dan ego dengan ilmu yang cetek tauhid yang rapuh..keimanan yang goyah.. INGAT.. semewah nikmat kehidupan gah segak mendabik kesihatan fizikal sesibuk langau mengisi masanya..MANISnya DUNIA.. arghh..akhirnya pasti kembali jua kepada Ya Rabb..Pemilik dan Pemelihara segala isi langit dan bumi dan di antaranya..

Wahai diri!.. ya akula tu.. Rasailah kepahitan dunia dengan penuh kesabaran dan setulus keikhlasan keranaNya semata-mata untukNya dalam melalui detik2 kefaikiran itu demi sebuah kenikmatan akhirat yang hakiki...

Image result for bayi dalam kandungan

Sandarkan dirimu pada Allah swt setiap detik Dia memberimu rezeki yang tidak dijangka
Tinggalkan hal keduniaan Dia akan memberikan
Zuhudlah Dia akan menyayangi
Di permulaan (dunia) nafsu kesenangan dan kemewahan ditinggalkan 
Penghujungnya (akhirat) bebas abadi menikmati 


Tuesday, March 24, 2015

Iqra' dan niat..

Bismillah..

Assalam


Image result for alquran rasm utsmani

Hampir separuh kalamNya dialunkan dan dibaca tafsirannya baru terjumpa paparan ini..

Dari fb Ustazah Siti Khadijah...

Maka sukalah saya kongsikannya di sini rumusannya

Sebelum membaca AlQuran, mulakan dengan niat agar :
  • Allah swt ampunkan segala dosa kita
  • dibersihkan segala 'karat'(bukan intan permata punya grading eh) dan noda titik dosa yang ada pada diri kita
  • Allah swt terima dan redha pada pembacaan kalamNya, memaafkan segala kesilapan dan kekurangan pada bacaan kita
  • Allah swt 'memberi' hati baru yang lebih dekat denganNya  
  • Allah swt menampakkan petunjuk taufiq dan hidayah supaya kita tetap dijalanNya (ni saya tambah..uhuks)
Then baca bismillah dan doa awal (sebelum mengaji)..aaamiin,, dan teruskan bacaan kalamNya dengan tertib dan khusyuk... mudah2an..in syaa Allah

Tuesday, February 24, 2015

Sesaat Menyendiri


Ya Allah kami yakin dengan setiap wasiat dan janjiMu..
Selepas suatu kesukaran dan dugaan disertai kemudahan dan kebahagiaan..
Maka anugerahilah kami dengan rezekiMu yang penuh barakah
Agar kami bukanlah punca suatu masalah
Sebaliknya memudahkan urusan orang di sekeliling kami..

Image result for nouman ali khan quotes

Ya Allah usah biarkan kami bergantung harapan dari sesama manusia yang juga mengharapkan rezeki dariMu..
Jangan biarkan kami hanyut dalam kekecewaan andai apa yang diharapkan dan dihajati tidak mampu kami penuhi...

Image result for 7 kunci kebahagiaan menurut sayyidina ali

Image result for 7 kunci kebahagiaan menurut sayyidina ali

Image result for 7 kunci kebahagiaan menurut sayyidina ali

Image result for amin ya rabbal alamin