Pages

Kelopak mawar

Tuesday, January 29, 2013

Hari Selasa yang indah..Alhamdulillah .. Orkid merupakan bunga liar yang amat cantik di mata saya.. tak susah menjaganya.. letakkan di satu sudut yang sesuai dengan habitatnya..let nature do its own job... baja paling berkesan dan dinanti bukanlah baja organik ke benda.. tahu tak.. orkid hanya perlukan kasih sayang tuannya.. cukup memandang dan berbual dengannya memberikan semangat kepada pokoknya menghasilkan bunga yang cantik segar dan lama pula mekarnya..

kita manusia bagaimana? memerlukan kasih sayang yang ikhlas sesama manusia dan inginkan hidup berpasangan.. Ingatlah kasih sayang Allah kepada kita telah wujud semasa kita masih di dalam rahim lagi.. Subhanallah.. kasihMu sangat suci dan murni.. Sejak dilahirkan sebagai bayi membesar menjadi kanak2 bersekolah dan dewasa pula bekerja mendapat gaji/ pendapatan lumayan.. apakah perkara pertama yang kita lakukan.. ada yang mendirikan rumah tangga ada yang bertukar gajet ada juga yang membeli kereta mewah  

itulah lumrah manusia... tetapi siapa dikalangan kita tatkala mendapat kejayaan dalam hidup mendapat kebebasan menguruskan diri sendiri bersyukur kepadaNya mendahulukan pemberian kepadaNya berbanding memenuhi keinginan nafsu dunia?.. adakah sekadar ungkapan zikir alhamdulillah mencukupi?.. sekadar peringatan untuk diri sendiri..

Monday, January 28, 2013

Ijab Kabul: ikut sunnah atau peredaran masa..


Alhamdulillah.. majlis kenduri dan pertunangan adik saya berjalan lancar... hmm ada orang beriya2 nak menegakkan dan mempertahankan agama tetapi dalam tidak sedar melakukan sesuatu yang menyimpang juga.. Ijab Kabul.. jika dua hati ingin bersatu dan reda dengan segala-galanya..izinkanlah mereka melayari alam rumahtangga secara halal.. mengikut sunnah nabi sekurang-kurangnya kan.. setuju tak?.. ni bila dicakap wang hantaran sebanyak gini.. oiit bukannya ucapan terima kash mengeluh dengan kuat plak tuh..macam menjadikan suatu hubungan halal tu ibarat membeli keta umah mewah ke pe...sume kena ikut status..walhal ianya telah dipersetujui bersama oleh si uda dan dara yang ikhlas ingin menghalalkan hubungan mereka...nasib baik rombongan meminang ahli keluarga terdekat je..

Si ibu pula janganla buat2 terkezut plak dan mulalah menimbulkan berbagai alasan untuk melewatkan majlis si anak.. alasan paling jemu didengari.. tak puas bermanja dengan anak..hmm no komen.. ada ibubapa setiap masa yang ada dimanfaatkan bersamaa anak2 dengan kasih sayang.. ni betul la kalau kata x puas .. yang memang x ambek kesah. dapat pula sekarang suami telah pergi dahulu, cekonon nak cari atau dapatkan kasih sayang anak2. malangnya bila anak2 dah terbiar sehingga dewasa.. macam mana nak bagi kasih sayang mak?sanggup menanggung dosa anak berzina drpd mengejar dan memperoleh pahala sebagai bekalan akhirat kelak.. wallahualam

Thursday, January 24, 2013

Hari ni merupakan cuti umum sempena Maulidur Rasul.. Dah mula sibuk dah.. sempena majlis pertunangan adik dan kenduri ...hari utk keberangkatan juga semakin dekat..semalam di pejabat ada ceramah ugama dari seorang ustaz celebriti.. 2 perkara daripada belasan yang Nabi Muhammad s.a.w. lakukan saat menjadi nabi dapat disampaikan oleh ustaz berkenaan.kerana kesuntukan masa..

pertama.. Tinggalkan syirik..dan kita perlu berhati2 dalam memohon pertolongan atau kata lain berikhtiar... ada yang jumpa si uda atau si minah atau memakai itu ini atau secara ghaib... (maaf tak dapat guna perkataan sebenarnya takut ada pihak kecil hati disebabkan salah faham)...Alhamdulillah saya sendiri selama diberi nyawa belum lagi terlibat dalam hal2 ini..

kedua..ziarah kubur.. apa pun pendek citer.. jika saya meninggal esok.. cik abang atau anak2 lelaki ku ni pastikan khubur ana tingginyacukup sekadar sejengkal dari aras permukaan tanah tersebut dan ditanda sekadar yang ringan dan mudah... saya nak ikut sunnah nabi... ada sesapa g atau terlihat tanah perkuburan di seberang jaya.. ada papan tanda di situ.. wallahualam..


itu lah dahulu.. anak bongsu ana sudah kelaparan minta diisi makanan..

Tuesday, January 22, 2013

Hmm count down hari sebenarnya.. lebih kurang 18 hari lagi...
In Syaa Allah.. tak sabar rasanya menunggusaat dinantikan.. dah terbayang depan mata Kaabah dan raudhah...alamak.. persiapan belum sempurna lagi.. kelengkapan diri secara lahiriah dah lama disiapkan.. dah cukup dah.. persiapan fizikal dan batin ni yang masih banyak kekurangan dan perlu dilakukan..

So mulai malam ni saya nak mula membuka buku2 rujukan umrah yang telah dibeli sebelum ini..
Allahumma Yasser wa la tu Tu'asser.. Aamiinn.

Nanti saya update daily k

Qaseh Allah


Benar kata orang Qaseh Allah pada hambaNya setiap masa.. Tanpa saya jangka seseorang rakan yang banyak memberi galakan kepada saya dalam hal2 agama sejak terbuka hati ini mengerjakan umrah, menghadiahkan saya bukan satu atau dua tetapi 3 buah buku.. subhanallah.. Alhamdulillah..

Berikut adalah tajuknya..

Perisai 3 kekasih Allah
Solawat Pilihan yang dikumpulkan oleh AlMuhaddith Dr, Sayyid Muhammad Ibn Al Maliki Al Hasani
Manaqib 3 Permata Masjidil Al Haram

Allahumma Yassir

Allahumma Yassir, Wa La Tu’assir. Rabbi Tammim BilKhair

ini adalah topik perbincangan kami seterusnya pada hari yang sama..

Ia merupakan doa memudahkan urusan kita.. maksud doa berkenaan

Ya Allah, permudahkanlah urusanku, dan jangan disulitkan, Ya Rabbi, sempurnakanlah urusanku dengan kebaikan..

dengar meka bercerita even nak dapat tempat parking di tempat yang penuh dengan kenderaan pun in syaa Allah akan dilapangkan dan dipermudahkan kita mendapati ada ruang parkir kosong untuk kenderaan kita.. hehehe menarik kan.. 

inilah bacaan yang akan saya gunakan atau amalkan mulai hari ini.. in syaa Allah.. walau pun pernah membacanya.. tetapi saya yang banyak kekhilafan dan kekurangan ini tidak mengambil pot sangat dengan doa2 ni..

Mudah2an segala urusan baik kita dipermudahkan... Aaamiinn.. jom beramal

3 perkara sebelum...

Sambil merehatkan badan dan minda ni terfikir pula sesuatu yang nak dikongsi bersama atau sekurang2nya dipaparkan di sini supaya suatu hari nanti bila saya tengok blog ni teringat balik ilmu yang bakal disampaikan ni..

Alkisah tersebutla kisah.. ala2 citer P Ramlea plak.. gini.. semalam ada rakan sepejabat solat berjemaah di sebuah masjid.. meka ni memang group mengimarahkan solat fardu berjemaah.. ada la pula ceramah ugama sedang disampaikan oleh seorang sheikh.. maaf yea namanya x pula saya ingat..

apapun.. amalkan 3 perkara ini dalam kehidupan anda.. insyaa Allah anda akan merasai....

1) menggembirakan ibu anda.. kalau dah tak de ibu atau hidup berjauhan dengan ibu atau ibu menganut ugama lain atau suami tak setuju cam mana?.. buatla apa sahaja yang halal asalkan ia suatu perkara yang boleh menggembirakan ibu anda...

2) membuka dan membaca walaupun sepotong ayat AlQuran sebelum dan sesudah solat fardhu serta sebelum tidur..ni adalah tambahan kepada amalan lain la kan..

3) memperbanyakkan sedekah amal jariah mengikut prinsip tangan kiri pun tak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanan..

itulah dia 3 perkara..

lepas ceramah tu pula pak sheikh menyuruh 2 orang tahfiz kanak2 yang dibawa bersamanya membacakan juzuk 30.. katanya sungguh mengharukan tatkala mendengar bacaan daripada tahfiz comel ni.. kalaula anak2 kita juga macam tu kan..

Hari ni dunia saya penuh dengan ilmu2 daripada tazkirah rakan2.. macam2 isu yang dibangkitkan, dibincangkan dan dikongsi bersama.. kita bincang lain sesi pulak la yea... alhamdulillah semoga ilmu berkenaan diberkati dan kekal serta memberi kekuatan untuk kami mengamalkannya secara istiqamah..


Description: cid:image001.png@01CC8731.AE5F4C10

Alhamdulillah.. perkataan terpilih hari ini adalah zuriat. Hehehe.. adik2 di era 2 series .. anda masih muda.. rakan2 3 series boleh tambah lagi ... hmmm akak2 4 series ni .. adoiii.. berbagai reaksi diterima.. apapun zuriat adalah kurniaan Ilahi yang terindah.. saya telah mengalaminya selama 4 kali.. jika ditakdirkan saya dianugerahkan lagi zuriat selepas ini... alhamdulillah.. hajat di hati menimang cahayamata kembar dua perempuan Ahwar Khatun.. Aaamiinn

Monday, January 21, 2013

Alhamdulillah...

Syukran.. alhamdulillah lahirnya satu lagi baby blog di alam maya.. Dah lama berhajat untuk melahirkannya tak sangka begitu mudah.. tak sakit pun...