Friday, June 17, 2016
Thursday, March 3, 2016
Bicara Motivasi Diri
Bismillah..
Sekadar mengingat diri..
Allah swt berfirman yang bermaksud:
Sekadar mengingat diri..
Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,”
(Surah Al-‘Imran ayat 133)
(Surah Al-‘Imran ayat 133)
Apabila tersasar, bersegeralah kembali kepada Allah swt memohon keampunanNya.
Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”
(Surah Al-‘Imran ayat 135)
(Surah Al-‘Imran ayat 135)
Ayat ini memberi motivasi dan semangat kepada kita Muslimin supaya bersikap sabar dan teguh dalam menghadapi kesukaran, kesedihan, penderitaan dan musibah.
Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-‘Imran ayat 139)
Wallahualam..
Wallahualam..
Monday, August 10, 2015
Destinasi Dab Laluan
Bismillah..
"Allah tells us to invite others to HIS path. But we usually invite people to a destination and not a path. This is one o the most powerful truths of Islam that people don't know. On the path to Allah some people will travel fast and some people will travel slow. Some people will travel so slow that you can't even notice their progress. But Allah is not interested in how much you have accomplished. All He wants from you is progress. He doesn't want perfection from you (that's what people want from you). Therefore make sure you are constantly making progress in His path."
Nouman Ali ..
Agak2nya begini maksud beliau..
Allah swt meyuruh kita hambaNya mengajak yang lain kepada jalan atau laluanNya yang benar..Sebaliknya kita sering mengajak yang lain untuk sampai ke suatu destinasi dan bukan melalui laluanNya..Destinasi dan LaluanNya adalah besar perbezaannya.. yang sebenarnya dalam Islam adalah menempuh perjalanan kehidupan dunia melalui laluanNya..ada yang melaluinya sangat pantas dan ada juga yang perlahan.. Ada yang terlalu perlahan seolah2 kelihatan ia tidak berganjak setapak pun di dalam laluanNya..
Allah swt tidak bernimat akan sebesar mana atau sejauh mana pencapaia kita menuju suatu destinasi.. (mungkin syurga).. Dia mahu melihat kemajuan (kualiti) bukan juga kesempurnaan ( yang sempurna itu hanya orang je nak tengok)..
Maka pastikan diri kita memajukan diri (lebih baik daripada semalam) secara konsisten dan berterusan dalam laluanNya..
in syaa Allah..
Dia ada
Bismillah..
Kenapa kita diuji.. terkadang datangnya bertubi2.. lelah ... baru nak bangkitkan diri tersungkur lagi...
Astaghfirullah..
Ya.. syukur sebab segalanya kerana Allah swt sayang .. Disetiap ujian dan dugaan mengandungi hikmahNya..
Sabarlah hati dan qalbu..bersyukurlah kerana Allah swt tak pernah melupakan..bahkan Yang Maha Pemrah lebih mengetahui apa yang terbaik ..
Menangislah sepuasnya di dnnia.. (banyak ketawa menggelapkan jiwa).. Tatkala reda sedu dan kering airmata itu bangkitlah semula dan teruskan berusaha keranaNya memohon doa kepadaNya..mara ke hadapan tinggalkan yang lepas di belakang abaikan kesesatan di kiri dan kanan..
Teruskan perjalanan di jalan yang halal mentaati laluan perintahNya.. tinggalkan yang haram buangkan kesesatan
Yakinlah diri.. Allah swt lebih mengenali dari kita mengenali diri sendiri.. tiada insan lain juga lebih mengenali kita dariNya yang Maha Kuasa..Sentiasa kita ingatkan diri, di mana jua kita berada, dalam keadaan apa jua.. Allah swt sentiasa ada memerhati menyayangi mengampunkan merahmati..
Subhanallah..
Celoteh Bermanfaat
Bismillah..
Assalam...
Antara tutur bicara mutiara Khalifah Umar Al Khattab......
Jika insan dapat 4 perkara, ia dapati kebaikan dunia akhirat..
Apakah ia?,,,
Hati yang sentiasa bersyukur..
Lidah yang selalu berzikir...
Tubuh yang tabah menghadapi setiap dugaan dan ujian....
Pasangan yang setia, memelihara dirinya dan hartanya...
Wallahualam...

Wednesday, July 15, 2015
Jasmani Rohani.. Mari Makan...
Bismillah
Assalam,
Berapa kali kita makan sebenarnya setiap hari?.. Saya?.. kalau makanan utama rasanya sekali sehari kekadang 2 kali sehari sekali sekala tiga kali sehari ada juga kalanya sampai 6 kali sehari..ishishish mana idaknya badan sihat membulat.. lepas tu ngomen badan berat bertambah makan itu ini cuba gitu gini semua tak betul..
Saya terjumpa penceritaan di salah sebuah blog dan saya menyukai apa yang diceritakan (semoga Allah swt merahmati blogger berkenaan atas perkongsian ilmunya yang saya kongsi sedikit sebanyak di sini)
Katanya; Seorang
hamba Allah perlu makan untuk dua bahagian..macam mana pula tu yea.. ambil sepinggan kemudian bahagi dua ke? rupanya kita perlu makan untuk memenuhi keperluan jasmani dan 'makan'
untuk memenuhi tuntutan rohani..
katanya; Ibnu Al Qayyum berkata makanan untuk jasmani adalah sesuatu yang
keluar atau terhasil dari bumi kurniaan Allah swt Yang Maha Kaya manakala makanan untuk rohani adalah tuntutan yang turun
dari langit seperti amal ibadah dan ilmu berkaitan tauhid khususnya kepada Yang Maha Esa.
Dari mana kita boleh peroleh ilmu berkenaan?..Ikutilah AlQuran, sunnah
Rasulullah saw, hadis dan menghadirkan diri dalam taman-taman syurgaNya..
Maka
setiap hari diri kita memerlukan keseimbangan pengambilan makanan. Namun
kebanyakan kita khususnya diri saya sendiri selama ini suka menyogok diri dengan diet seimbang harian yang merujuk kepada piramid makanan
.. rupanya ia hanyalah merupakan santapan jasmani sahaja.. Patutla diri ini saya rasakan selalu sakit2 nak minta MC cuma bila ditelek kelihatan sehat walafiat pula.. tahulah saya bahawa selama ini saya sihat jasmani namun sebenarnya saya kekurangan zat 'makanan' rohani..
Ikhlas
kerana Allah swt dan menuruti syariat Rasulullah saw..saling mutually
exclusive.. (dari ungkapan syahadah)
Taat
mengukuhkan keimanan
Maksiat melemahkannya
Menyampaikan
kebaikan untuk kebajikan
Omakk Ko...
Bismillah
Assalam ..
Tika dan saat ini saya pasti ramai sedang menyibukkan diri dengan melipat gandakan amalan di saat2 penghujung Ramadhan buat bekalan akhirat dan juga tidak dilupakan persiapan menyambut ketibaan Syawal dengan penuh makna dan kemeriahan..Alhamdulillah..
Baru2 ni diviralkan diFB alkisah Mamat dengan mimpinya memandu kereta membawa ahli keluarga pulang ke kampung..walhal masih bujang..
Ini kisah ceritera dr saya...
"Angah, bangun cepat matahari dah mengintai tu ha.. omak nak bakar lomang kojap lagi ni.. tolongla poi tobang buloh kek belakang rumah ni"..
sepi..
"Angah, copek la... haishh bebudak jaman sekarang ni membuto yo"
"Copekla Ngah, esok rayo besan den keluarga kaklong ko tu nak datang kato eh.. malu kito kalau tak do lomang"
Sepi..
"Omak!.. Bangun dah kol tigo ni.. omak dah solat zohor lom?"
Membulat sebesar biji bola golf angah melihat mato omak ...
"Omak, Bangun, Omak ngigau tadi... Kito ni dok taman perumahan mano ado pokok buluh mak.. haa.belakang rumah kito tembok rumah jiran belakang camno nak hidup pokok buluh tu...
Lagi satu.. bilo plak along dah kawin.. dio baru tingkatan ompek.. se baru tingkatan satu.. ishh merepek la omak ni.. ntah anak sapo lah yang bortuah tu.."
Astaghfirullah.. begitulah satu antara beribu satu macam cerita orang Islam nak menyambut Raya AidilFitri..
Cerita ini hanyalah rekaan sahaja ye.. dah habis baca silalah sambung semula kerja anda.. haha..
Sebelum itu saya mohon ampun dan maaf zahir batin atas segala kekurangan diri..Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat pembaca..
wassalam

Subscribe to:
Posts (Atom)