Bismillah..
Alhamdulillah dilapangkan sedikit masa untuk melenggokkan jemari di atas papan kekunci ini... Topik apa kah itu?.. ayat catchy je tuh...kikiki..
Anyway.. idea ini diperoleh ketika kegatalan tangan ini menarik sebuah buku..tatkala lembarannya dibuka.. alamak,,, rupanya dah lama dibeli tapi belom diratah isi kandungannya..sehinggalah tiba di satu laman membuat diri terpegun..antara kandungannya yang dipetik adalah..
Firman Allah swt pada Surah Ali-Imran ayat 102,
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Beriman kepada Pencipta Yang Maha Terpuji hendaklah sebenar-benarnya beriman dengan penuh ketaatan, kekhusyukan dan keikhlasan semata-mata kerana menginginkan keredhaanNya. Manakala Taqwa adalah meninggalkan perkara syirik , kemaksiatan, keburukan, syubhat, riak, ujub dan bangga diri. Iman dan Taqwa dihati membenarkan, zikir, kalamNya dan doa membasahi bibir dan amal ibadah dan kebajikan menghiasai diri.
Imam Ibnu Katsir menasihatkan "Bertaqwalah kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa itu adalah : Taat dan tidak melakukan maksiat, ingat dan tidak lupa, bersyukur dan tidak kufur dengan nikmat."
Manakala ungkapan Sayidina Ali menyatakan Taqwa itu adalah mengharap kepada Allah swt, redha akan segala nikmat dan kurniaanNya, beramal dengan AlQuran serta sentiasa menyiapkan diri untuk akhirat.
Taqwa menghiasi diri dan pandangan keimanan dan cinta pada Ilahi bertakhta di hati..
wallahualam..
petikan dari Ensiklopedia AlQuran, Syeikh Muhd Mujahid
No comments:
Post a Comment