Pages

Kelopak mawar

Friday, January 10, 2014

Bersua Kembali..

Assalam alaik..

Bismillah..

Maaf yea.. lama diri menyepi.. 2014 ni semakin banyak urusan.. sedang cuba mengimbangi urusan dunia dan akhirat.. agar tanggungjawab kedua2nya dapat terlaksana.. yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing..

Wei.. apa kisah kita kali ini.. banyak masa saya sedang membaca buku bertajuk Perangi Syirik dan mendengar kuliah yang dikendalikan Ustaz Dr Abdullah Yasin.. masih berkenaan akidah iaitu yang paling asas tentang 2 kalimah syahadah.. belum habis lagi.. yang pasti setiap satu videonya di you tube itu saya akan peroleh sekurang2nya satu ilmu baru yang menyebabkan saya terasa diri ini masih banyak kejahilan..

Pas tu saya rehatkan minda dari tajuk itu .. mendengr pula tentang tafsiran ayat 428.. erkks macam silap ni.. tak de surah sebanyak itu bilangan ayatnya.. hah sebetulnya ayat 238 hingga ayat 242 Surah AlBaqarah.. amat tertarik apabila dikupas tentang ayat 239.. Betapa Allah swt Maha Pemurah yang telah memberi kemudahan kepada kita agar tetap mendirikan solat walau dalam keadaan 'merbahaya atau ketakutan'.

Jika berminat ikuti video kuliah beliau ini.. moga mendapat petunjuk dan hidayahNya



Anda akan dapati di akhir video ini ustaz membacakan doa seperti yang diminta oleh pendengar kuliahnya itu..Ya Allah bukalah pintu hatiku untuk menuju taman syurgaMu dan permudahkanlah urusanku murahkan rezekiku agar dapat bersama mereka yang Engkau pilih menghadiri pada kuliah kendalian ustaz ini..Aaamiin..

Sebenarnya diri ini amat sedih mengenangkan keadaan kesihatan seorang teman rapat yang sedang diujiNya dengan penyakit yang pelbagai.. 
Ya Allah Ya Tuhanku 
Daku bertawassul dengan nama2Mu yang mulia dan sifat2Mu yang Maha Tinggi  
Yang telah Engkau ajarkan kepada NabiMu
Yang telah Engkau sebut dalam AlQuranMu

Dan Aku bertawassul dengan nama2Mu yang Engkau simpan di dalam khazanah GhaibMu 
Yang ada disisiMu
Daku memohon kepadaMu agar diberi kesembuhan atas setiap penyakit yang menimpa temanku ini
dan memberi kesihatan serta ke afiatan padanya agar beliau dapat meneruskan kehidupannya seperti sediakala tanpa masalah kesihatan..Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh Dan Maha Mengasihani..
Ampunkanlah segala dosa2nya maafkanlah segala kekurangan kelemahan dan ketidaksempurnaanNya
Tiada Daya Upaya dan kekuatan melainkan dengan keizinanMu Ya Rahman..ENgkau Allah Tuhan Pemelihara Sekalian Alam.. Aaamiiin.

No comments:

Post a Comment