Pages

Kelopak mawar

Monday, January 26, 2015

Secebis kesyukuran selautan kasihMu

Assalam..

Bismillah..,


Segala pujian bagi Allah Yang Maha Kuat lagi Maha Gagah,
Maha Memimpin lagi Maha Menuntut,
Yang Membangkitkan, Yang Memberi Nikmat, Yang Mewarisi lagi Yang Merampas.
Yang Mengetahui Yang Ada, Yang Jelas dan Yang Mengetahui Yang Hilang.

Bertasbih kepadaNya yang ghaib dan yang condong, 
yang terbit dan yang terbenam,
Dia diEsakan oleh yang pandai bertutur dan yang bisu,
Yang padat dan yang cair, 
Yang diam goncang dengan keadilanNya,
Yang goncang diam dengan kurniaNya.

Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan 
Allah Yang Maha Bijaksana,
Menzahirkan keindahan hikmahNya dan
Pelbagai keajaiban pada keteraturan sususan alam ini.

Dia menciptakan otak, tulang, anggota badan, organ dalaman, 
saraf , daging, kulit, rerambut dan peluh
dengan susunan yang serasi dan teratur daripada air mani yang keluar di antara tulang sulbi sang Adam dan tulang belikat Hawa.

Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan 
Allah Yang Maha Pemurah,
Yang memberi dengan mudah kepada makhlukNya,
Menerusi kepemurahan dan anugerahNya.


Setiap malam Dia turun ke langit dunia, lalu berseru,
"Adakah hambaKu yang memohon ampunanKu?
Adakah hambaKu yang bertaubat?
Adakah hambaKu yang berhajat?
Maka Aku perkenankan permintaanya itu."

HambaNya yang berdiri dan menangis berurai airmata,
HambaNya yang ditengah2 eung sesalan dan taubat,
HambaNya yang takutkan dicerca,
HambaNya yang berlari menjauhi dosa,
Mereka sentiasa memohon keampunanNya (beristighfar)
Hingga tersingkaplah cahaya siang di penghujung kegelapan,
Mereka pulang membawa apa yang diperolehi,
mendapat keredhaan Yang Dikasihi,
Tiada seorang pun berlalu pergi tangan kosong (hampa).. 

Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan 
Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi,
Dia adalah Raja Yang Esa
Dia yang menjadikan nur NabiNya Muhammad saw daripada NurNya...
dan berkata, "Ini adalah penghulu para nabi, orang yang paling suci dan kekasih yang paling mulia."

Ya Allah berilah selawat, salam dan keberkatan kepadanya ahli keluarganya dan sahabat handainya...

Aamiinn.

Andai DiJemput Lagi..


Ya Allah 
Alihkanlah dari kami keburukan 
dengan apa yang Engkau kehendaki
dan sebagaimana Engkau kehendaki
Sesungguhnya
Engkau Maha Berkuasa atas sesuatu yang Engkau kehendaki

Wahai Tuhan Yang Paling Sempurna
Wahai Penolong Yang Paling Baik
Kami mengharap keampunanMu

Oh Tuhan Kami
kepadaMulah tempat kembali

Tidak ada daya dan upaya
melainkan dengan pertolongan
Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung

Allah berbuat sekehendakNya dengan qudratNya
Menghukum apa yang Dia kehendaki dengan kemuliaanNya

Wahai Yang Hidup Wahai Yang Berdiri Sendiri
Wahai Pencipta langit dan Bumi
Wahai Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah

Friday, January 23, 2015

Which one better?





Sembunyi-sembunyi nak!

Bismillah...

Assalam...

Sekadar perkongsian suatu petikan yang saya ekstark dari fb..

Maha Suci Allah swt..

Sesungguhnya Allah swt meneyembunyikan 4 perkara dalam 4 keadaan. Tahukah anda?.. hmm saya baru tahu dan agar saya tidak mahu melupakanNya.. 

1} Disembunyikan redhaNya pada ketaatan hambaNya. Maka janganlah menghina atau menganbil mudah akan amal yang remeh dan sedikit kerana kemungkinan pada amal tersebut ada redha Allah swt tanpa kita ketahui... 

2} Disembunyikan kemurkaanNya pada kemaksiatan hambaNya. Untuk itu usah memperkecilkan atau memandang enteng akan dosa yang kita anggap kecil atau sedikit itu  kerana kebarangkalian terdapat kemurkaan Allah swt padanya tanpa kita sedari.. Nauzubillah..

3) Disembunyikan waktu makbulnya doa-doa yang kita pohon padaNya atau kata2 tidak bermanfaat yang diucapkan tanpa niat. Usah berputus asa dalam berdoa dan berhati2lah ketika berbicara, Kemungkinan tanpa kita mengetahui, saat memanjatkan doa dan berbicara itulah bertepatan dengan waktu Allah swt memakbulkan doa atau kata2 yang kita ucapkan.. Allahuakbar..

4) Disembunyikan wali dikalangan hambaNya. Maka bertanggapan baiklah sesama kita bukannya memperlekeh dan mencerca mereka yang berpakaian hodoh dan buruk dan menjulang mereka yang kaya raya.. Barangkali dia adalah wali Allah tanpa kita sedari...

wallahaualam...



Tuesday, November 25, 2014

Hanya PadaMu Kuserahkan Segalanya..



   Ya Allah.. Aku meniadakan kepercayaanku kecuali denganMu
                        Aku meniadakan harapanku melainkan yangditentukan olehMu
   Tidak akan kuberserahkan sebarang perkara pada diri ini kecuali padaMu    

                       Tidak ku menyesali melainkan taubatku padaMu
                                                    Tawakkal ku hanyalah padaMu
   Tiada ku pinta keredhaan kecuali keredhaanMu yang sangat kuhajatkan

                         Tidak ku tagih melainkan kupanjatkan doaku meminta hanya padaMu
                                     Bersabar selalu dan kesabaran ini tidak lain hanyalah keranaMu 

Kehinaanku hanyalah berlandaskan ketaatanku kepadaMu dalam melaksanakan suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu
               Tiada kegusaran melainkan kegerunan terhadap keagunganMu Yang Maha Besar
                               Harapanku mendapat keampunan Mu atas segala dosa-dosa ku sehingga hembusan nafas terakhirku..                                              

Sunday, September 21, 2014

1 2 3 Shoo Shoo Setan Iblis

Assalam alaik..

Bismillah..

Kali ini saya nak kongsikan ayat keagungan dan kebesaran Ilahi. Selama ni saya dok membaca ayat Qursi rupanya ada lagi ayat lain.. Perjalanan saya mendalami AlQuran masih sangat jauh.. namun x salah dikongsi bersama dalam blog ini....

Perumpamaan.. asal demam masa kecil kita diberi ubat cecair dan dosej yang kecil semakin besar ubatnya menjadi pil dan dosej pun sangat besar..Jangkitan denggi juga macam tu.. dulu begitu begini je rawatannya sekarang denggi tu dah pandai 'mutate'..rawatan begitu begini dah tidak memadai.. perlu juga rawatan berkenaan di 'mutate' dan d'inovasi'kan utk menjadikan rawatan yang sesuaidengan jenis jangkitan.. walaupun punca  tidak dapat dipastikan..

Dah putar sana sini baru saya nak kaitkan tujuan... saya nak nytaakan jika saya ingin mendinding diri (dari gangguan setan) saya akan baca surah Al Ftihan ayat Qursi kemudian kurang menjadi plak.. saya dinasihatkan membaca 3 Qul sebagai tambahan.. ok lagi saya turuti sebab mudah hafal.. namun kurang berjaya juga bila dah lama2.. terakhir saya dicadangkan baca ayat di bawah..

Buka alQuran.. untuk selidik apa maknanya .. rupa2nya Subhanallah..


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. ~ ayat 21


Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ~ ayat 22


Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. ~ ayat 23

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ~ ayat 24
penghargaan aduniawi.blogspot.com
Alhamdulillah... saya ada ilmu baru dengan izinNya.. in syaa Allah akan berusaha menghafaz 4 ayat berkenaan walaupun merangkak2..Semoga Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana membantu diri mencapai sasaran  menghafal ayat tersebut.. Pada pandangan diri, ayat ini mampu memberi saya semangat dan keyakinan penyerahan diri kepada TuhanNya.