Bismillah..,
Segala pujian bagi Allah Yang Maha Kuat lagi Maha Gagah,
Maha Memimpin lagi Maha Menuntut,
Yang Membangkitkan, Yang Memberi Nikmat, Yang Mewarisi lagi Yang Merampas.
Yang Mengetahui Yang Ada, Yang Jelas dan Yang Mengetahui Yang Hilang.
Bertasbih kepadaNya yang ghaib dan yang condong,
yang terbit dan yang terbenam,
Dia diEsakan oleh yang pandai bertutur dan yang bisu,
Yang padat dan yang cair,
Yang diam goncang dengan keadilanNya,
Yang goncang diam dengan kurniaNya.
Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Allah Yang Maha Bijaksana,
Menzahirkan keindahan hikmahNya dan
Pelbagai keajaiban pada keteraturan sususan alam ini.
Dia menciptakan otak, tulang, anggota badan, organ dalaman,
saraf , daging, kulit, rerambut dan peluh
dengan susunan yang serasi dan teratur daripada air mani yang keluar di antara tulang sulbi sang Adam dan tulang belikat Hawa.
Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Allah Yang Maha Pemurah,
Yang memberi dengan mudah kepada makhlukNya,
Menerusi kepemurahan dan anugerahNya.
Setiap malam Dia turun ke langit dunia, lalu berseru,
"Adakah hambaKu yang memohon ampunanKu?
Adakah hambaKu yang bertaubat?
Adakah hambaKu yang berhajat?
Maka Aku perkenankan permintaanya itu."
HambaNya yang berdiri dan menangis berurai airmata,
HambaNya yang ditengah2 eung sesalan dan taubat,
HambaNya yang takutkan dicerca,
HambaNya yang berlari menjauhi dosa,
Mereka sentiasa memohon keampunanNya (beristighfar)
Hingga tersingkaplah cahaya siang di penghujung kegelapan,
Mereka pulang membawa apa yang diperolehi,
mendapat keredhaan Yang Dikasihi,
Tiada seorang pun berlalu pergi tangan kosong (hampa)..
Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi,
Dia adalah Raja Yang Esa
Dia yang menjadikan nur NabiNya Muhammad saw daripada NurNya...
dan berkata, "Ini adalah penghulu para nabi, orang yang paling suci dan kekasih yang paling mulia."
Aamiinn.