Pages

Kelopak mawar

Tuesday, June 17, 2014

Biarlah gambar berbicara


Sayang Dunia Akhirat Merana


Bismillah..

Another entry.. ni namanya torlobih rajin menaip.. maso nila plak mencurah2 idea.. kojo hakiki tak habih lai ni.. adoii.. bantuan segera sangat diperlukan... 

Memandangkan dunia mendekati kebinasaan dan kehancuran, umur mendekati akhir hayatnya semakin hampir akhirat pada kita.. pernah tak kita terfikir saat itu? Maha Suci Dzat Yang Maha Mulia, Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Lembut dan Maha Penyayang..Orang yang soleh arif dan mengetahuiNya hanya menyembahNya tanpa menyekutukanNya, menyembahNya dengan melaksanakan perintahNya demi kecintaan ikhlas sejati padaNya, Mereka memiliki hanya satu visi  iaitu mengeluarkan segala dari hati mereka dengan mengisikan satu perkara sahaja iaitu Allah swt..

Jom amalkan membaca doa Nabi Ibrahim as di atas.. at least sekali .. dengan penuh khusyuk harapan dan ikhlas.. mudah2an dimakbulkanNya..Aaamiinn.

Kulit Dan Isi


Assalam..

Salam sejahtera..

Setelah agak lama tidak mencoret cuit blog ini berikut adalah petikan daripada salah sebuah buku yang sedang ditelaah.. sengaja saya kongsikan bahan yang dibaca kerana seingat saya pernah terlihat hasil satu kajian rakyat Malaysia ni kurang membaca buku.. Haaa.. dan saya rasa Malaysia memang menang teratas dari segi raking pembaca blog.. agaknya lah kan..

Apa maksud nya ungkapan pada gambar tu eh?..
Dikatakan maksudnya jika kita ada atau mepelajari atau memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkannya, lama-kelamaan akan hilang keberkatan ilmu berkenaan yang tinggal sekadar hanya kenangan membaca sahaja. 

Samalah diumpamakan buku yang sedang saya telaah ini sekiranya saya tidak mengambil iktibar darinya ibarat isi buku ini semakin hilang meninggalkan kulitnya sahaja walaupun ada isinya saya sunting, ungkap, diukir dengan olahan bahasa dan dipaparkan dalam blog ini tetapi saya gagal beramal dengan ikhlas ilmu yang telah dipelajari.. semua sia2 sahaja..

Ilmu ibarat kulit amal ibarat isi. 
Kulit perlu disegarkan dengan pupuran losyen agar isinya terpelihara dan sihat.

sehingga jumpa lagi di lain entri..