Pages

Kelopak mawar

Tuesday, November 25, 2014

Hanya PadaMu Kuserahkan Segalanya..



   Ya Allah.. Aku meniadakan kepercayaanku kecuali denganMu
                        Aku meniadakan harapanku melainkan yangditentukan olehMu
   Tidak akan kuberserahkan sebarang perkara pada diri ini kecuali padaMu    

                       Tidak ku menyesali melainkan taubatku padaMu
                                                    Tawakkal ku hanyalah padaMu
   Tiada ku pinta keredhaan kecuali keredhaanMu yang sangat kuhajatkan

                         Tidak ku tagih melainkan kupanjatkan doaku meminta hanya padaMu
                                     Bersabar selalu dan kesabaran ini tidak lain hanyalah keranaMu 

Kehinaanku hanyalah berlandaskan ketaatanku kepadaMu dalam melaksanakan suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu
               Tiada kegusaran melainkan kegerunan terhadap keagunganMu Yang Maha Besar
                               Harapanku mendapat keampunan Mu atas segala dosa-dosa ku sehingga hembusan nafas terakhirku..                                              

Sunday, September 21, 2014

1 2 3 Shoo Shoo Setan Iblis

Assalam alaik..

Bismillah..

Kali ini saya nak kongsikan ayat keagungan dan kebesaran Ilahi. Selama ni saya dok membaca ayat Qursi rupanya ada lagi ayat lain.. Perjalanan saya mendalami AlQuran masih sangat jauh.. namun x salah dikongsi bersama dalam blog ini....

Perumpamaan.. asal demam masa kecil kita diberi ubat cecair dan dosej yang kecil semakin besar ubatnya menjadi pil dan dosej pun sangat besar..Jangkitan denggi juga macam tu.. dulu begitu begini je rawatannya sekarang denggi tu dah pandai 'mutate'..rawatan begitu begini dah tidak memadai.. perlu juga rawatan berkenaan di 'mutate' dan d'inovasi'kan utk menjadikan rawatan yang sesuaidengan jenis jangkitan.. walaupun punca  tidak dapat dipastikan..

Dah putar sana sini baru saya nak kaitkan tujuan... saya nak nytaakan jika saya ingin mendinding diri (dari gangguan setan) saya akan baca surah Al Ftihan ayat Qursi kemudian kurang menjadi plak.. saya dinasihatkan membaca 3 Qul sebagai tambahan.. ok lagi saya turuti sebab mudah hafal.. namun kurang berjaya juga bila dah lama2.. terakhir saya dicadangkan baca ayat di bawah..

Buka alQuran.. untuk selidik apa maknanya .. rupa2nya Subhanallah..


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. ~ ayat 21


Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ~ ayat 22


Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. ~ ayat 23

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ~ ayat 24
penghargaan aduniawi.blogspot.com
Alhamdulillah... saya ada ilmu baru dengan izinNya.. in syaa Allah akan berusaha menghafaz 4 ayat berkenaan walaupun merangkak2..Semoga Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana membantu diri mencapai sasaran  menghafal ayat tersebut.. Pada pandangan diri, ayat ini mampu memberi saya semangat dan keyakinan penyerahan diri kepada TuhanNya. 

Sunday, August 10, 2014

Gotcha


Udah2 ler tu stalk blog kite.. g je contact orang yang dirindui tu.. 

Wednesday, August 6, 2014

Syawal... Bulan Kemenangan.. Betul ke?

Bismillah..

Salam Sejahtera dan Assalam..

Kesibukan kerja tidak langsung melemahkan semangat berkobar2 untuk menambah entri2 yang semestinya MAGGI ..eh dah kena boikot ni... entri berunsur ilmiah.. Maka tengah malam ni saya usahakan juga memaparkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri.. Terimalah...


Wednesday, July 23, 2014

Wahai Dzat Pemyembuh Diri HambaNya.. Sembuhkanlah..

Assalam alaik..
Bismillah..
Aamiinn.. itulah antara doa AD untuknya... segala yang dilakukan keranaNya bukan kerana manusia... dia mengajar AD agar menilai diri AD sendiri...Alllah.. jauhnya AD tersasar dari laluanNya... berusaha gigih untuk kembali ke laluan Kebenaran.. berlari berjalan merangkak jatuh sungkur tetap AD bangun meneruskan perjuangan.. nampak mudah tapi sukar...sangat sukar..  Moga segala 'pengorbanan' yang amat perih ini Yang Maha Pencipta menganugerahkan ganjaran yang jauh lebih baik lagi buat AD dan dia.. bersabarlah wahai diri.. sementara tibanya saat di'janjikan'.. akan AD perbetulkan bacaan Surah AlFatihah dan memperbaiki mutu solat fardhu sebagai bekalan diri..in syaa Allah

Tuesday, June 17, 2014

Biarlah gambar berbicara


Sayang Dunia Akhirat Merana


Bismillah..

Another entry.. ni namanya torlobih rajin menaip.. maso nila plak mencurah2 idea.. kojo hakiki tak habih lai ni.. adoii.. bantuan segera sangat diperlukan... 

Memandangkan dunia mendekati kebinasaan dan kehancuran, umur mendekati akhir hayatnya semakin hampir akhirat pada kita.. pernah tak kita terfikir saat itu? Maha Suci Dzat Yang Maha Mulia, Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Lembut dan Maha Penyayang..Orang yang soleh arif dan mengetahuiNya hanya menyembahNya tanpa menyekutukanNya, menyembahNya dengan melaksanakan perintahNya demi kecintaan ikhlas sejati padaNya, Mereka memiliki hanya satu visi  iaitu mengeluarkan segala dari hati mereka dengan mengisikan satu perkara sahaja iaitu Allah swt..

Jom amalkan membaca doa Nabi Ibrahim as di atas.. at least sekali .. dengan penuh khusyuk harapan dan ikhlas.. mudah2an dimakbulkanNya..Aaamiinn.

Kulit Dan Isi


Assalam..

Salam sejahtera..

Setelah agak lama tidak mencoret cuit blog ini berikut adalah petikan daripada salah sebuah buku yang sedang ditelaah.. sengaja saya kongsikan bahan yang dibaca kerana seingat saya pernah terlihat hasil satu kajian rakyat Malaysia ni kurang membaca buku.. Haaa.. dan saya rasa Malaysia memang menang teratas dari segi raking pembaca blog.. agaknya lah kan..

Apa maksud nya ungkapan pada gambar tu eh?..
Dikatakan maksudnya jika kita ada atau mepelajari atau memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkannya, lama-kelamaan akan hilang keberkatan ilmu berkenaan yang tinggal sekadar hanya kenangan membaca sahaja. 

Samalah diumpamakan buku yang sedang saya telaah ini sekiranya saya tidak mengambil iktibar darinya ibarat isi buku ini semakin hilang meninggalkan kulitnya sahaja walaupun ada isinya saya sunting, ungkap, diukir dengan olahan bahasa dan dipaparkan dalam blog ini tetapi saya gagal beramal dengan ikhlas ilmu yang telah dipelajari.. semua sia2 sahaja..

Ilmu ibarat kulit amal ibarat isi. 
Kulit perlu disegarkan dengan pupuran losyen agar isinya terpelihara dan sihat.

sehingga jumpa lagi di lain entri..